Salah Sangka

View previous topic View next topic Go down

Salah Sangka

Post by @llif on Thu 13 Mar 2008, 1:21 pm

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama
dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia
tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga
dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan
kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa
dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh
gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda
18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem
lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh
jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai
duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin
pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin
kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri
Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad
nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum
setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama
isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat
disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu
menyambut Amat dengan senyum lebar.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat,
iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk
ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua
yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang
sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan
dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh
nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya
yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar
jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik
leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda
18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

@llif
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 125
Age : 27
Location : BP, JB
Intake : Julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile http://www.myspace.com/crime_skaters

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum