Suatu Hari Shopping Bersama Adik

View previous topic View next topic Go down

Suatu Hari Shopping Bersama Adik

Post by @llif on Thu 13 Mar 2008, 1:19 pm

Suatu hari saya bawak adik perempuan saya namanya Nurul yang baru berumur 10 tahun shopping kat supermarket di Banting . Kebetulan hari itu awal bulan dan hujung minggu maka ramai sungguh orang datang untuk membeli belah.

Oleh kerana terlalu sesak dengan orang yang membeli belah secara tak sengaja saya terlepas tangan adik saya tu kerana pada masa tu saya sibuk membelek barangan yang saya berkenaan. Tanpa menoleh kebelakang saya pun terus pegang balik tangan adik saya itu, dan pimpin dia ke tempat lain.
Tiba-tiba si Nurul muncul dihadapan saya, saya pun apa lagi terus menoleh ke belakang dan terpandang seorang mamat yang dok sengih dengan bangganya sebab saya dan berpimpinan dengannya macam laki bini..

Si Nurul pulak ketawa berdekah-dekah sampai nak pecah perut, aduh malunya saya pada masa itu. Saya pun minta maaf kepada si mamat tu, mamat tu siap bagi no hp lagi kat saya. Balik jer kat rumah si Nurul pun ceritakan kat mak & ayah saya mereka pun ketawa juga seminggu jugalah baru hilang `kes' ini.

Sejak hari itu saya berazam tidak akan bawa shopping lagi. Padan muka dia ha ha ha ha..

Ini pulak Tips Untuk Tidak Pergi Shopping
1. Jangan bawa adik/budak kecil yang suka menangis, suka tidur dan merayap macam adik
saya di Nurul itu.
2. Jangan beli barang banyak - banyak wahal balik naik bas dan lrt sahaja.
3. Jangan shopping kalau bawa kad kredit yang dah dekat sangat `overlimit'.
4. Banyak belanja untuk parking, makan-makan daripada belanja membeli barang-barang.
5. Terlupa barangan yang sepatutnya anda beli.

@llif
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 125
Age : 27
Location : BP, JB
Intake : Julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile http://www.myspace.com/crime_skaters

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum