HiKmAh CiNtA

View previous topic View next topic Go down

HiKmAh CiNtA

Post by isotonik on Thu 13 Mar 2008, 2:12 am

Satu kes yang lain pula, seorang siswa
meluahkan kekecewaannya apabila
dihampakan oleh seorang siswi yang satu
"jemaah" dengannya. Beliau tidak
sangka setelah berpuluh-puluh minggu
mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah
melalui email, akhirnya siswi tersebut
bertunang dengan orang lain yang juga
satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi
hebat daripada filem "Love Story"
yang pernah popular di tahun-tahun 70'an
dahulu. Yang pasti, sekali lagi
tema "ukhwah fillah" menjadi
"camouflagde" ke atas perhubungan antara dua
jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula,
seorang siswi pernah meminta pendapat
penulis. Seorang seniornya yang sedang
menuntut di dalam IPT yang sama
dengan beliau telah bersungguh-sungguh
melamarnya. Walaupun telah ditolak
lebih 20 kali, namun si teruna terus
melamarnya juga.Sekali lagi slogan
"ukhwah fillah" menjadi lapik dan
dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi
tadi menolak lamarannya, maka hatinya
akan hancur, dan ia bertentangan denga
mafhum hadis tadi. Oleh kerana
bersimpati dengan si senior tersebut, si
siswi terpaksa menerima lamaran itu.
Menarik bukan "trend" percintaan
golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan
kemarahannya ke atas naqib usrahnya di
bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di
dalam usrah, berkepul-kepul dalil
dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan
ketika pertukaran ke usrah lain, si
naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah
untuk kekal di dalam perjuangan dan
tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya,
di dalam perjalanan balik kampung,
siswa tersebut nampak sang naqib
berjalan berpegangan tangan dengan naqibah
sekelas mereka...ini yang paling
menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka
lengkap dengan aksesori berkopiah dan
bertudung litup. Jika di zaman 70'an
dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh
sang naqib dan naqibah tersebut bakal
menerima cop "kafir" dari pendukung
gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang
siswa yang sering menceritakan
kehebatan "Abuya"nya kepada penulis,
juga tidak dapat lari dari fenomena
cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum
dengan siswa yang sering muncul
dengan baju Melayu berkancing dan juga
songkok berwarna-warninya ini.
Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup
untuk rakan-rakan yang lain hormat
kepada beliau. Sayangnya atas takdir
Allah, ketika penulis berkunjung untuk
menziarahi beliau, penulis ternampak
gambar seorang Muslimah menghiasi
desktop komputer peribadinya. Ditanyakan
sama ada itu adik, kakak ataupun
emaknya atau mungkin neneknya, beliau
menafikan. Beliau terpaksa mengaku
bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya,
tertulis di sebelah keayuan wajah gadis
tersebut "ukhwah fillah membawa ke
Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat?
Adakah ia sudah cukup islamik? Atau
penulis yang ketinggalan zaman sehingga
naif terhadap trend muda mudi masa
kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu
diubahkan untuk disesuaikan dengan
perubahan semasa. Di dalam artikel yang
terhad ini, penulis tidak berhajat
untuk memberikan hukuman mahupun
pandangan terhadap fenomena yang menarik
ini. Biarlah para pembaca membuat
penilaian mereka terhadap "sihat" atau
tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada
di kalangan pembaca yang akan dapat
memberikan pandangan yang rasional serta
boleh diwacanakan.

Wallahu'alam..

isotonik
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 52
Age : 27
Location : pahang
Intake : julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: HiKmAh CiNtA

Post by qaleq on Fri 06 Jun 2008, 11:02 am

Cinta Allah dan Rasul

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum