Rahsia Iblis

View previous topic View next topic Go down

Rahsia Iblis

Post by qaleq on Wed 23 Jul 2008, 10:13 am

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan
satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan
iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan
kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t
yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik
air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau),
dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3.
Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak
Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah
bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan
bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4.
Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka
cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata
dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya
lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam
untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah,
apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya
iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi
dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah
terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama
dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat
Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?." Firman Allah s.w.t
yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu
dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang
lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku!
Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah
perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis,
perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai
Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang
disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak
disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah
memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah
sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan denhan nama Allah."

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum