PaKaI GeLaNg BaGi LeLaKi

View previous topic View next topic Go down

PaKaI GeLaNg BaGi LeLaKi

Post by isotonik on Thu 13 Mar 2008, 2:11 am

memakai gelang tangan walaupun
untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan
oleh Rasullulah s.a.w. dalam sebuah
hadithnya daripada 'Imran bin Hussein
r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. telah
melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang memakai gelang yang
diperbuat daripada tembaga, maka baginda
bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" Lelaki itu
berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Tegas baginda Rasullulalah,"Sesungguhnya
benda itu (gelang tangan) tidak memberi
apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan
perubatan), buangkan benda itu daripada
diri anda, jika sekiranya anda mati dan
benda itu ada pada diri anda, maka anda
tidak akan berjaya (selamat) untuk
selama-lamanya. " Hadis Sahih yg
ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad dalam
musnadnya.

Pemakaian gelang pada hari ini, bukan
sahaja melibatkan golongan remaja,
tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau,
tukang mandi jenazah, yang bergelar
ustaz dan sebagainya. Sesungguhnya
mereka telah tertipu dengan perancangan
musuh yang mahu menghancurkan mereka
dari sudut pegangan akidah.

Pemakaian gelang tangan menjadi trend
dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula
pada zaman dahulu kala di mana gelang
hitam diberikan sebagai hadiah kepada
kaum keluarga terdekat dan
sahabat-sahabat orang yang baru balik
dari Makkah.

Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila
berada di Tanah Suci supaya faktor mudah
dikenali kalau-kalau berlaku apa-apa
kemalangan di sana atau sebarang kes
hilang, maka mudahlah untuk dikenalai.
"Ohh... ini jemaah haji Malaysia, sebab
ada gelang."

Yang peliknya, pak-pak haji yang lelaki
ini apabila balik ke Malaysia tidak pula
mahu cabut dan buang gelang itu.
Dipakainya ke mana-mana termasuk ke
surau dan masjid. Kalau orang tua tunjuk
contoh begitu, apabila orang muda pakai
janganlah hentam orang muda sahaja.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi
lelaki:-

* Gelang Kayu koka
* Gelang Kristal
* Gelang Tasbih
* Gelang Getah plastik
paka* Gelang Besi magnet
* Gelang Besi Tabung Haji (apabila
berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

* Gelang pesakit semasa berada di
hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
* Gelang pesalah/penjenayah (dipakai
oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
* Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,
maka dia hendaklah berusaha menjadikan
dirinya salah satu daripada tiga
golongan ini!

isotonik
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 52
Age : 27
Location : pahang
Intake : julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: PaKaI GeLaNg BaGi LeLaKi

Post by qaleq on Fri 06 Jun 2008, 11:04 am

Info yg baik..

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum