Suis Ethernet lebih laju

View previous topic View next topic Go down

Suis Ethernet lebih laju

Post by qaleq on Fri 18 Jul 2008, 4:00 pm

HP ProCurve Networking, pembekal kepada sistem penyelesaian produk
dan perkhidmatan bagi rangkaian berwayar dan tanpa wayar, baru baru ini
mengumumkan pelancaran dua suis Ethernet berkelajuan gigabit.
Suis Ethernet ProCurve model 2510G-24 dan 2510G-48 itu yang
disasarkan bagi penggunaannya di organisasi kecil dan sederhana dan
dikatakan menawarkan rangkaian kelajuan gigabit.
Kehadiran suis tersebut dipercayai mampu menjadi penyelesai kepada
organisasi yang memerlukan kelajuan rangkaian tinggi untuk memindahkan
fail bersaiz besar serta menjalankan aplikasi-aplikasi yang memerlukan
lebar jalur yang tinggi.
Ini dapat membantu mempercepatkan tugasan seperti seperti
mengendalikan data grafik, melayari video, menguruskan pangkalan data
besar dan sokongan (backup) bagi tujuan penyimpanan.
Suis 'pasang dan guna' yang terbaru ini mudah untuk diguna, diurus
serta diselenggarakan oleh sesiapa sahaja walaupun kurang mahir akan
bidang teknologi maklumat (IT).
Menurut Pengurus Besar HP ProCurve Asia Pasifik, Louis Au, ProCurve
menawarkan satu pilihan sistem penyelesaian bertaraf enterpris 'pasang
dan guna' yang terjamin dan mampu milik organisasi bersaiz kecil dan
sederhana.
“Ini bagi membolehkan mereka memperkembangkan rangkaian sejajar
dengan keperluan kelajuan dalam menjalani tugasan yang semakin
meningkat,’’ katanya
Dalam pada itu, antara ciri-ciri dan kelebihan siri suis 2510G
ProCurve adalah ia dilengkapi dengan slot SFP (small form-factor
pluggable transceiver) yang direka untuk Ethernet berkelajuan laju bagi
tujuan penyambungan fiber tambahan.
Selain itu, Port yang terbina juga terlindung sekali gus menjamin pengagihan dan pengawalan trafik rangkaian yang baik.
Lebih menarik, pengendalian menjadi lebih mudah keran ia didatangkan
dengan antara muka khas ProCurve Manager bagi menjanjikan pengurusan
yang lebih optimum dan mudah dilakukan oleh pengguna.
Kini siri suis 2510G ProCurve ini sudah boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga berikut:
- Suis ProCurve 2510G-24: RM 3270
- Suis ProCurve 2510G-48: RM 5950
Lebih menarik, kedua-dua suis tersebut didatangkan dengan jaminan seumur hidup daripada ProCurve.
Maklumat dan spesifikasi lengkap produk boleh didapati dengan melayari laman web www.hp.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum