Samsung F480 pencabar iPhone

View previous topic View next topic Go down

Samsung F480 pencabar iPhone

Post by qaleq on Fri 18 Jul 2008, 3:58 pm

SAMSUNG Electronics Malaysia (SME) Sdn. Bhd., peneraju rangkaian dan
kelengkapan telekomunikasi baru-baru ini melancarkan produk telefon
bimbit terbarunya, SGH-F480 yang dikatakan mampu mencabar iPhone.
Dengan mengetengahkan fungsi skrin sesentuh sepenuhnya pada telefon
bimbit tersebut seperti yang terdapat pada iPhone, Samsung dilihat
mampu meningkatkan kedudukannya sebagai pembekal utama dalam pasaran
produk yang semakin popular itu.
Samsung F480 juga menggabungkan teknologi TouchWizUi yang baru dan
unik serta direka khas untuk penggunaan telefon bimbit secara pakej
dalam bentuk nipis dan premium.
Dengan ciri mudah tarik dan letak (drag and drop), telefon bimbit ini memudahkan pengguna mengakses fungsi kegemaran mereka dengan cepat.
Antara fungsi unik lain yang diketengahkan adalah seperti paparan
jam, radio, permainan muzik, dan pelbagai elemen peribadi termasuk
simpanan gambar dan peringatan tarikh lahir yang mana pengguna boleh
memaparkannya pada skrin utama mengikut kehendak mereka.
Selain itu, melalui perbezaan agen pengesan sentuhan yang ketara
pada skrin telefon bimbit tersebut, ia akan memudahkan pengguna memilih
fungsi yang diinginkan hanya dengan menggunakan sentuhan mudah.
Secara estetiknya, Samsung F480 direka khas bagi memudahkan para pengguna berinteraksi dengan telefon bimbit itu.
Selain bersaiz seperti sekeping kad kredit, rekaannya juga
diperkemaskan dengan tekstur yang halus menjadikannya sebagai sebuah
telefon bimbit yang ranggi dan bergaya.
Gaya Samsung F480 ini diserlahkan lagi melalui struktur luarannya
yang dibina daripada logam menampakkan kecanggihan produk ini selain
didatangkan dengan bekas kulit premium yang berfungsi sebagai pelindung
kepada skrin.
Melalui pengunaan antara muka yang pintar, telefon bimbit ini
menjanjikan fungsi canggih kepada para pengguna yang sedang mencari
teknologi yang dapat memberi kepuasan kepada mereka.
Dengan ketebalan 11.6 milimeter, Samsung F480 ini dilengkapi dengan
pelbagai fungsi multimedia sebagaimana model-model telefon bimbit
Samsung sebelum ini.
Ia termasuk memori dalaman untuk simpanan muzik bersaiz 240MB, slot
kad memori luaran untuk simpanan sehingga 8GB, fungsi radio FM dan
kamera lima megapiksel yang dilengkapi ciri fokus automatik dan kanta
video CMOS.
Selain itu, kamera pada telefon bimbit ini juga menawarkan ciri-ciri
yang lebih baik daripada hanya sekadar sebuah telefon bimbit berkamera
kerana fungsinya menyamai dengan sebuah kamera Refleks Lensa Tunggal
(SLR) iaitu teknologi pengesanan muka dan penstabilan imej
(antigegaran).
Kemunculan Samsung F480 ini bakal menarik perhatian penggunanya
kerana buat pertama kalinya sebuah telefon bimbit dilengkapi dengan
fungsi smile shot.
Fungsi pintar ini membolehkan kamera pada telefon bimbit tersebut
secara automatik mengesan dan seterusnya menangkap gambar subjek yang
sedang tersenyum.
Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan Capaian Paket Pindah Turun
Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan juga sambungan USB 2.0 yang membolehkan
pengguna menghantar dan memuat turun data dengan lebih pantas.
Samsung F480 boleh diperoleh di pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM1,899.
Untuk maklumat lanjut mengenai telefon bimbit ini, sila layari laman
web www.samsung.com.my atau hubungi talian bantuan Samsung
1-800-88-9999.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum