Memikat golongan profesional

View previous topic View next topic Go down

Memikat golongan profesional

Post by qaleq on Fri 18 Jul 2008, 3:55 pm

HEWLETT-Packard Malaysia (M) Sdn. Bhd. (HP Malaysia), melebarkan
lagi rangkaian produknya dengan mengumumkan pelancaran komputer riba
mini terbarunya model HP 2133.
Komputer riba bersaiz kompak ini telah direka khas bagi menyokong penuh penggunaannya di kalangan golongan muda dan profesional.
HP 2133 ini turut dilengkapi ciri serta fungsi pintar yang pasti
menjanjikan prestasi unggul selain didatangkan dengan reka bentuk yang
kompak dan ringan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sistem Persendirian HP Malaysia,
Danny Lee, kehidupan mobiliti menjadi pilihan pengguna bagi mengikuti
perkembangan gaya hidup masa kini dan pelancaran model terbaru HP 2133
ini dijangkakan mampu memenuhi kriteria tersebut.
“Dilengkapi ciri serta fungsi terkini, model ini juga dipercayai
akan menjadi penyelesaian terbaik serta menawarkan pengalaman mobiliti
pengkomputeran yang baru kepada pengguna,’’ katanya.
Dalam pada itu, reka bentuk kompak model tersebut jelas memperlihatkan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Model tersebut hanya memiliki keberatan seberat 1.19 kilogram (kg)
dan mempunyai saiz skrin paparan yang kompak sebesar 8.9 inci.
Selain itu, model ini turut dikatakan mampu menyokong aplikasi multimedia yang pelbagai.
Pengalaman multimedia pengguna mampu diperhebatkan lagi menerusi
sambungan rangkaian Internet pantas menerusi rangkaian sambungan
wayarles 802.11a/b/g dan b/g WLAN1.
Secara tidak langsung, pengguna mampu melayari Internet dengan pantas dan tanpa mengira lokasi.
Maka, dengan kehadiran komputer riba sebegini, pelbagai tugasan,
hiburan, dan juga pembelajaran dapat dilakukan dengan efisien dan mudah
tanpa mengira masa dan lokasi..
Kini model HP 2133 sudah boleh didapati di pasaran dengan harga
permulaan yang ditawarkan pada RM2,299. Maklumat serta spesifikasi
lengkap produk boleh didapati di laman web www.hp.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum