Aplikasi untuk korporat

View previous topic View next topic Go down

Aplikasi untuk korporat

Post by qaleq on Mon 14 Jul 2008, 6:37 pm

MOTOROLA Inc. pengeluar dan pembekal perkakas telekomunikasi terkemuka global, baru-baru ini memperbaharui rangkaian telefon bimbitnya dengan mengumumkan model Moto Q9h yang disasarkan untuk bagi golongan koporat dan ahli perniagaan.
Ini kerana model tersebut dilengkapi dengan perisian sambungan BlackBerry, sekali gus membolehkan pengguna mengakses servis pintar BlackBerry yang menawarkan fungsi sama seperti telefon gajet pembantu digital peribadi (PDA).
Penggunaan servis tersebut melalui Q9h disokong penuh oleh pelayan khas menerusi perisian profesional yang ditawarkan dan servis Internet milik BlackBerry.
Menurut Naib Presiden Koperat Perkasa Mobil Motorola Asia Timur, Mark Shockley, penyelarasan model Q9h dengan fungsi pintar BlackBerry merupakan nilai tambah kepada pengguna dan juga ia menawarkan pengalaman baru dalam berinteraksi dengan dunia mobiliti yang kian canggih.
Lebih menarik, sistem BlackBerry nyata menawarkan kepelbagaian fungsinya kerana perisiannya boleh diselaraskan, disepadukan serta disokong oleh syarikat pembekal penyelesaian teknologi maklumat (IT) terkemuka, seperti IBM dan Microsoft.
Secara tidak langsung, pengguna berupaya untuk berinteraksi serta menggunakan kemudahan wayarles yang disediakan di dalam sesebuah organisasi itu.
Ini bermakna, menerusi perisian BlackBerry khas itu, pengguna berpeluang untuk menikmati servis perkhidmatan teknologi `Push E-mailí menerusi Q9h.
Secara jelas, ini membolehkan penghantaran dan penerimaan e-mel dilakukan antara rakan sekerja dalam masa sebenar.
Selain daripada menghantar e-mel dalam lingkungan pekerja di organisasi yang sama, perisian sistematik BlackBerry turut membolehkan maklumat dalaman syarikat dikongsi seperti kalendar, buku alamat dan data tugasan.
Lebih menarik, pautan seperti fail dalam format dokumen ataupun imej dapat dipaparkan menerusi Q9h.
Bagaimanapun, penggunaan servis BlackBerry tidak terhad di kalangan pengguna di tempat kerja, malah menerusi kemudahan sambungan wayarles Q9h, pengguna mampu berinteraksi secara interaktif terhadap dunia mobiliti tanpa mengira masa dan lokasi.
Ini adalah kerana Q9h dilengkapi dengan sambungan wayarles Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan UMTS yang pasti menjanjikan kepantasan serta kelancaran ketika melayari Internet.
Q9h juga memperlihatkan sistem operasinya dipacu menerusi sistem operasi terkini iaitu Windows Mobile 6.
Oleh yang demikian, pengguna mampu melakukan tugasan dan menjalankan beberapa aplikasi secara serentak dengan lebih teratur, pantas dan lancar.
Dalam pada itu, telefon ini juga menyediakan kemudahan kamera bersaiz 2.0 megapiksel untuk mengambil foto atau video.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap produk, ia boleh didapati di laman web www.motorola.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum