Tambah jumlah biasiswa JPA

View previous topic View next topic Go down

Tambah jumlah biasiswa JPA

Post by qaleq on Fri 11 Jul 2008, 10:46 am

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta menambah jumlah biasiswa yang diperuntukkan kepada pelajar bumiputera di samping mengekalkan jumlah baru biasiswa yang telah dijanjikan kepada pelajar bukan bumiputera.
Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, langkah terpenting bagi JPA sekarang adalah memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak iaitu pelajar bumiputera dan bukan bumiputera.
Beliau menegaskan, bukan sesuatu yang mudah untuk menarik balik kouta yang telah diumumkan kepada pelajar bukan bumiputera tetapi pada masa yang sama, hak pelajar bumiputera juga perlu dipertahankan.
“Tiada cara lain yang lebih baik melainkan JPA menambah bilangan biasiswa yang ditawarkan dan tambahan biasiswa itu diberikan kepada pelajar bumiputera.
“Dalam erti kata lain, kedua-dua pihak menerima pertambahan pemberian biasiswa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau, pihaknya menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa isu pemberian biasiswa JPA perlu disemak memandangkan wujud desakan pelbagai pihak yang menuntut kerajaan agar berbuat demikian.
JPA sebelum ini menawarkan 2,000 biasiswa setiap tahun untuk Program Ijazah Luar Negara dengan pecahan 90 peratus kepada pelajar bumiputera dan bakinya kepada bukan bumiputera.
Namun, nisbah pemberian biasiswa itu diubah baru-baru ini dengan 50 peratus diberikan kepada bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus untuk kaum-kaum lain

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum