Awasi godaan dan hasutan syaitan

View previous topic View next topic Go down

Awasi godaan dan hasutan syaitan

Post by qaleq on Wed 09 Jul 2008, 10:50 am

Kalamullah
DAN demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan daripada mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (al-An’am: 137)
Huraian
Ayat ini menerangkan bahawa syaitan telah memperdaya orang-orang musyrik untuk melakukan penyelewengan dalam pengendalian harta benda dan membunuh anak-anak mereka dengan menanamnya hidup-hidup kerana takut mendapat malu dan ditimpa kemiskinan serta membayar nazar kepada berhala-hala yang disembah oleh mereka.
Matlamat syaitan mudah, iaitu untuk membinasakan manusia dan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman beragama sehingga mereka tidak dapat memahaminya dengan jelas, lalu sedikit demi sedikit kefahaman yang sebenar akan mula hilang lenyap.
Kefahaman yang keliru pula hanya akan menghancurkan kekuatan akidah sebilangan yang lain. Ini termasuklah juga dalam beberapa adat dan etika yang diamalkan dalam masyarakat sekarang yang boleh menimbulkan kesulitan masyarakat untuk mengamalkannya.
Terdapat sesetengah adat yang diamalkan dalam masyarakat sekarang amat bertentangan dengan syariat Islam yang mulia. Justeru, adat ini terpaksa juga diikuti agar tidak menampakkan kejanggalan dalam hidup bermasyarakat. Mereka tidak berani menyatakan bahawa kefahaman-kefahaman dan peraturan-peraturan itu adalah daripada mereka sendiri.
Oleh sebab itu, mereka melakukan pembohongan terhadap Allah dengan mendakwa bahawa semua itu adalah peraturan yang disyariatkan Allah kepada mereka dan mereka hubungkan peraturan itu kepada syariat nabi Ibrahim dan Ismail.

Kesimpulan
Sesungguhnya kaum musyrik amat licik dalam mengatur segala pakatan dan strategi yang jahat untuk menghancurkan agama Islam yang suci ini. Apabila manusia hanyut dibuai oleh hasutan dan godaan syaitan, maka semua yang haram sanggup dilakukan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum