KFC cadang buka 30 restoran lagi tahun ini

View previous topic View next topic Go down

KFC cadang buka 30 restoran lagi tahun ini

Post by qaleq on Wed 09 Jul 2008, 10:42 am

Sejumlah 30 buah lagi restoran makanan segera KFC akan dibuka tahun ini berbanding 37 buah pada tahun lalu, kata Pengarah Urusan KFC Malaysia Holdings Bhd. (KFCH), Jamaluddin Mohd. Ali.
Jamaluddin berkata, pihaknya bercadang membuka lebih banyak restoran KFC di pekan-pekan kecil berbanding di pusat-pusat bandar.
Beliau berkata, jumlah pembukaan restoran baru pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu kerana penambahannya dibuat berdasarkan pembukaan pasar raya besar seperti Giant dan Tesco.
‘’Membuka lebih banyak cawangan merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat.
‘’Kami tidak mahu produk kami hanya boleh dilihat tetapi ia mampu menarik perhatian pelanggan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan produk terbaru KFC, Toasted Twister di Restoran KFC, Jalan Universiti di sini hari ini.
Hadir pada majlis itu ialah Presiden KFCH, Wong Sooi Kheong.
Toasted Twister dijual pada harga RM5.80 untuk kategori ala carte manakala harga satu hidangan adalah RM14.80 dan tempoh penjualan menu baru itu bergantung kepada sambutan para pelanggan.
KFCH menguasai 45 peratus pasaran makanan segera tempatan yang bernilai RM3 bilion.
Jamaluddin berkata, sepanjang tempoh penjualan Toasted Twister, produk terbaru itu akan menyumbang kira-kira 10 peratus jualan syarikat sepanjang tempoh promosi berkenaan.
Ditanya sama ada terdapat perniagaannya terjejas dengan meningkatnya kos operasi di negara ini dalam suku pertama tahun ini, beliau berkata, nilai keuntungan masih dikekalkan tetapi pihaknya akan memantau perkembangan pada suku tahun kedua yang akan diketahui nilainya pada September depan.
KFCH, bagaimanapun, telah mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 8.1 peratus pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 di sebalik kenaikan sebanyak 10 peratus tahun ini.
‘’Kami sedang memberi perhatian untuk meningkatkan lagi jumlah urus niaga dan membawa lebih ramai pelanggan ke restoran kami. Kami perlu meningkatkan jualan demi menampung kos perbelanjaan.
‘’Kami juga dalam peringkat berjaga-jaga kerana kos didapati semakin meningkat dan ia memperlihatkan penurunan urus niaga memandangkan pelanggan semakin kurang berbelanja,’’ ujarnya.
Selain itu, Jamaluddin berkata, KFCH turut memperbaharui strategi jualan dengan memperkenalkan produk baru sepanjang tahun ini seperti Chicken Chop dan Toasted Twister bagi meningkatkan jualan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: KFC cadang buka 30 restoran lagi tahun ini

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 3:58 pm

kawasan orang asli pn de KFC

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum