Apakah perasaan ini?

View previous topic View next topic Go down

Apakah perasaan ini?

Post by qaleq on Tue 08 Jul 2008, 2:59 pm

assalamualaukum semua...

Aku sebenarnya pening memikirkan masalah ini...beginilah, aku pendekkan cerita ek.
Pada awal tahun lalu aku bertemu dengan seorang lelaki yang ku kira sangat baik dan mengambil berat tentang diriku.Ku namakan dia W.

Aku dan W sebenarnya sekelas ketika ini walau pun sebenarnya sebelum ini, aku dan W pernah belajar di IPTA yang sama namun tidak mengenali antara satu sama lain. Namun mungkin inilah takdir Tuhan, kami ditemukan semula di tempat lain
Di awal-awal perkenalan, W sering mengusikku memandangkan di kelas dia duduk di hadapanku. Namun aku tidak mengemari usikan tersebut dan pada cuti Raya Cina yang lalu aku menghantar sms memberitahu hal tersebut.Lantas W meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulang perbuatan tersebut dan semenjak hari itu dia sering menghantar sms kepadaku.



Setelah tamat cuti dan pulang dari kampung, rupanya dia menungguku di Puduraya untuk sama-sama pulang ke rumah sewa yang kebetulan di kondo dan blok yang sama.
Semakin hari berlalu, aku dan W semakin rapat. Dia seorang yang amat prihatin dan mengambil berat. Ketika aku batuk-batuk, dia yang lebih risau berbanding diriku sendiri sehingga dia membelikan aku ubat batuk dan makanan setiap hari. Sudah menjadi kemestian setiap hari akan ada sms dari dia walaupun kami berjumpa di kelas setiap hari. Kadang-kadang waktu pensyarah mengajar di hadapan, dia masih sempat menghantar sms untuk menghilagkan rasa mengantuk katanya.

Kami berdua tidak pernah membicarakan kata cinta sehinggalah sutu hari aku mula rasa sakit hati dan cemburu bila dia bercerita tentang perempuan lain pada pertemuan kami.
Aku lupa nak cerita, kami akan keluar makan malam hampir setiap malam jika tidak ada apa-apa kerja. W sememangnya sangat baik dan prihatin kepada semua orang. Ada satu ketika, makan malam kami ditangguhkan kerana dia ingin menghantar kawan perempuannya ke hospital dan satu ketika yang lain dia menemani kawan perempuan yang lain pergi membeli barang.
Aku cuba menafikan perasaan ini namun tidak boleh. Aku berterus terang kepadanya namun katanya kita berkawan dan mengenali antara satu sama lain dahulu. Aku tak tahu, apakah kata-kata sayang dan rindunya selama ini hanya mainan di bibir cuma. Akukah yang mudah terpedaya dengan kata manis seorang lelaki??
Tindakannya selama ini seolah-olah aku istimewa pada dirinya namun hakikatnya aku tak pasti. Tolonglah aku........

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Apakah perasaan ini?

Post by qaleq on Fri 18 Jul 2008, 6:27 pm

NIE LAWAK KE APE?

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum