Nusajaya RM600j

View previous topic View next topic Go down

Nusajaya RM600j

Post by qaleq on Fri 04 Jul 2008, 6:58 pm

Telekom Malaysia Bhd. (TM) menjangka kos sebanyak RM600 juta diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di bandar Nusajaya, sebahagian daripada Iskandar Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, kos itu adalah jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk tempoh 10 tahun bagi menyediakan perkhidmatan tersebut.
''Sistem telekomunikasi itu nanti akan memberi faedah kepada kira-kira 33,000 kediaman dan 23,000 premis perniagaan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum kerjasama antara UEM Land Bhd., Time Dot Com Bhd. dan TM di sini, hari ini.
Bandar Nusajaya seluas 9,600 hektar merupakan pembangunan bandar integrasi di tenggara Johor.
Zamzamzairani menambah, bandar Nusajaya penting untuk dilengkapi dengan perkhidmatan telekomunikasi moden bagi menarik perhatian para pelabur asing.
Katanya, bandar itu merupakan sebuah bandar moden yang menjadi salah satu mercu tanda terbaik di negara ini.
Beliau memberitahu, pihaknya akan memastikan pakatan kerjasama berkenaan berjaya mewujudkan perkhidmatan telekomunikasi bertaraf dunia.
"Dalam usaha menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, kami amat mementingkan kelajuan, capaian dan jaminan kepada pelabur-pelabur berkenaan,'' ujarnya.
Sementara itu, Wan Muhamad menambah, pihaknya sudah membelanjakan lebih RM10 juta bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi untuk beberapa projek yang sudah dilaksanakan di kawasan-kawasan lain dan sekitar bandar Nusajaya.
Katanya, antara projek telekomunikasi yang sudah dijalankan ialah Nusa Idaman, Nusa Cemerlang, Cemerlang Heights dan beberapa lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Pardas pula memberitahu, bandar Nusajaya merupakan aspirasi bandar kelas dunia yang berhubungan secara langsung dengan pelabur-pelabur asing.
Oleh sebab itu, katanya, pihaknya amat memerlukan perkhidmatan dan kemudahan yang bertaraf dunia.
''Kami perlu memperlengkapkan bandar Nusajaya seperti yang diharapkan oleh para pelabur. Kita bukan sekadar mengharapkan kualiti sebaliknya mengharapkan untuk menerima sistem telekomunikasi terbaik di mana ia merupakan keperluan perdana dunia perniagaan,'' katanya.
Wan Abdullah pula berkata, setiap pihak akan memainkan peranan masing-masing dalam memberikan kesan terbaik kepada pelanggan dan pengguna.
Katanya, dalam tempoh tiga bulan lagi, ketiga-tiga pihak tersebut akan memeterai perjanjian untuk memulakan projek berkenaan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum