Eddie Murphy bersara?

View previous topic View next topic Go down

Eddie Murphy bersara?

Post by qaleq on Thu 03 Jul 2008, 7:12 pm

EDDIE Murphy merupakan salah seorang aktor komedi yang mempunyai kelompok peminat tersendiri dan dia juga berdiri dengan gaya serta penampilannya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh sesiapa pun.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon kelahiran New York ini pastinya sudah cukup mengetahui dia antara pelakon komedi yang bijak mewarnai setiap filem yang dilakonkannya sehingga ia menjadi filem box-office.
Lihatlah sahaja bagaimana sambutan yang diberikan terhadap filem-filemnya seperti The Nutty Professor, Coming to America, Vampire In Brooklyn, Bowfinger, Dreamgirls serta filem trilogi Shrek dan Beverly Hills Cop.
Baru-baru ini, Eddie telah membuat pengakuan bahawa dia mahu bersara daripada dunia lakonan atas alasan dia sudah ‘penat’ berlakon filem.
“Sehingga kini saya sudah membintangi lebih 50 buah filem dan saya bertanya sendirian, apa lagi yang saya mahu lakukan? Saya sudah lakukan semuanya dan kini saya mahu kembali ke pentas sebagai stand-up comedian dan menghiburkan mereka dengan lawak jenaka saya,” katanya dalam satu temu bual.
Malah, tegas aktor berusia 47 tahun itu lagi, dia juga tidak akan terlibat dalam sekuel keempat filem Beverly Hills Cop kerana baginya filem itu belum benar-benar bersedia diterbitkan.
“Dulu, saya berlakon Beverly Hills Cop III pun adalah kerana bayaran yang saya terima cukup tinggi. Mereka memberikan harga itu kepada saya dan saya berkata mari lakukannya walaupun skripnya tidak kuat,” luah Eddie dengan jujur.
Filem terbarunya, Meet Dave akan ditayangkan tidak berapa lama lagi dan sehingga kini, dia mempunyai lima projek filem lagi yang belum diselesaikan sehingga tahun 2010.
Kemuncak kerjaya Eddie adalah apabila dia berjaya menerima pencalonan Oscar bagi kategori Aktor Pembantu Terbaik pada tahun 2007 menerusi filem Dreamgirls. Malah, dia turut menerima gelaran yang sama pada anugerah Golden Globe.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum