Segalanya dalam satu

View previous topic View next topic Go down

Segalanya dalam satu

Post by qaleq on Thu 03 Jul 2008, 7:04 pm

NOKIA sekali lagi mengorak langkah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkakas telekomunikasi dengan mengumumkan model telefon bimbit terbarunya Nokia N78 yang dikatakan membuka pengalaman baru kepada pengguna terhadap dunia mobiliti.
Model N78 yang menawarkan pengalaman komputer multimedia kepada pengguna itu membolehkan pengguna berinteraksi secara mobiliti terhadap muzik, navigasi dan juga fotografi.
Dilengkapi dengan ciri serta fungsi pintar, N78 membolehkan pengguna untuk berkongsi pengalaman multimedia menerusi Internet.
Menerusi proses penyepaduan digital, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan sambungan wayarles Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan WLAN yang pasti menjanjikan sambungan pantas Internet.
Kemudahan tersebut membolehkan pelbagai aplikasi seperti muzik, imej, video dan banyak lagi dikongsi menerusi penyelarasan model telefon tersebut terhadap laman web Ovi, Flickr ataupun blog VOG.
Antara keistimewaan yang terdapat pada model tersebut adalah pada aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang turut diselaraskan dengan kemudahan kamera.
Secara tidak langsung, aplikasi A-GPS model tersebut bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mencari lokasi dari peta, malahan berupaya menandakan tempat yang sudah dilawati dengan mengambil gambar.
ikon kamera
Pada masa yang sama, secara automatik ikon kamera akan muncul pada peta A-GPS yang menandakan bahawa lokasi tersebut pernah dilawati.
Selain itu, aplikasi ini juga membantu pengguna dengan memberi maklumat terperinci tentang lokasi yang dilawati seperti masa, tempat dan tarikh.
Aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna untuk berkongsi pengalaman percutian dengan memaparkan foto yang diambil pada laman web yang tersedia.
Dalam pada itu, pengalaman fotografi pengguna diperhebatkan dengan kehadiran kemudahan kamera Carl Zeiss bersaiz 3.2 mega piksel.
Justeru itu, kemudahan tersebut nyata membolehkan pengguna untuk menghasilkan rakaman foto dan video yang terang lagi jelas.
Dari segi ruang simpanan pula, model N78 menyediakan slot mikroSD bagi menempatkan kad memori sehingga 8 Gigabait (GB).
Menerusi ruang simpanan sebesar 8GB itu, pelbagai aplikasi dapat disimpan didalam telefon bimbit.
Dari segi rekaan pula, N78 didatangkan dengan skrin luas sebesar 2.4 inci dan paparan antara muka yang menarik.
Model tersebut diserlahkan lagi dengan penerapan rekaan nipis serta kompak agar ia mudah dibawa kemana-mana.
Model tersebut hadir dengan dua warna menarik iaitu coklat koko dan biru lagun.
Sama seperti kewujudan telefon bimbit masa kini, N78 turut dilengkapi dengan sambungan USB2.0, Bluetooth dan juga kemudahan radio FM.
Kini, model ini boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga runcit yang ditawarkan pada RM1,950.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum