U Mobile lancar SMS lapan sen

View previous topic View next topic Go down

U Mobile lancar SMS lapan sen

Post by qaleq on Wed 02 Jul 2008, 11:15 am

U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile), penyedia perkhidmatan terbaru 3G, melancarkan pakej prabayar pertamanya dengan menawarkan pek permulaan berharga lapan sen setiap khidmat pesanan ringkas untuk semua rangkaian setiap masa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oh Kwang-Jin berkata, pakej prabayar U Mobile 018 itu akan hanya mengenakan bayaran kepada penggunanya berasaskan kepada tempoh panggilan berbanding panggilan blok konvensional yang berasaskan kepada 15 atau 30 saat.
''Pelanggan akan hanya dikenakan bayaran berasaskan kepada penggunaan mereka, bil sesaat kami akan menawarkan penjimatan hebat kepada pengguna sama ada ia untuk tempoh yang lama atau pendek,'' katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, selain prabayar 018, U Mobile juga melancarkan dua pelan pasca bayar iaitu U68 dan U98.
Kwang-Jin berkata, pelan U68 menawarkan kadar panggilan rendah yang membolehkan pelanggan memaksimumkan perkhidmatan tanpa sebarang tempoh yang ditetapkan manakala U98 pula menawarkan kadar panggilan istimewa selama 18 bulan untuk tiga kategori yang boleh dipilih.
Selain itu, U Mobile juga melancarkan pakej istimewa versi SIM khas yang dikenali sebagai Surf with U yang menawarkan perkhidmatan melayari internet berkelajuan tinggi.
''Kami menawarkan produk dan perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan pelanggan, kami sentiasa memantau perkembangan ini kerana kami mahu mencari penyelesaian terbaik untuk mereka.
''Kami juga mahu produk kami mudah digunakan dan difahami agar ia mampu memenuhi kehendak mereka,'' katanya.
Beliau menambah, pakej prabayar 018, U38, U68, U98 serta Surf with U kini boleh didapati di semua rangkaian telefon mudah alih di seluruh negara atau kedai U Mobile di Berjaya Times Square serta pusat khidmat U Mobile di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: U Mobile lancar SMS lapan sen

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:43 pm

aku igt nk pkai U mobile la pasnie

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum