Deco sertai Chelsea

View previous topic View next topic Go down

Deco sertai Chelsea

Post by qaleq on Wed 02 Jul 2008, 10:31 am

Pemain tengah Portugal, Deco menandatangani perjanjian mewakili Chelsea, kata kelab bola sepak Liga Perdana England itu kelmarin dengan yuran 8 juta pound (RM52.02 juta).
Deco, tonggak tengah kempen kejayaan Porto dalam Liga Juara-Juara Eropah 2004, meninggalkan Barcelona yang turut menyaksikannya menjulang gelaran itu dua tahun kemudian.
Baru-baru ini, kelab Catalan itu menyebut, dia tiada dalam perancangan mereka.
Stamford Bridge kini mengesahkan pemain berusia 30 tahun kelahiran Brazil itu bersetuju untuk berpindah sebagai pemain baru pertama kelab itu sejak Luiz Felipe Scolari dilantik sebagai pengurus.
Deco memberitahu Chelsea TV: “Ia bagus bagi kami berada di sini dan mula-mula sekali, saya amat gembira berada di sini.
“Saya pasti saya datang pada masa yang tepat untuk melakukan perkara yang hebat dan mampu membantu Chelsea kembali ke laluan seperti dulu dan kembali sebagai yang pertama, bukan hanya di England tetapi turut memenangi Liga Juara-Juara yang menjadi impian mereka sekian lama,” katanya.
Perpindahan Deco akan menyaksikannya bergandingan sekali lagi dengan Scolari, jurulatih negaranya pada Euro 2008, dan seorang lagi rakan sepasukan Portugal, Jose Bosingwa yang menandatangani untuk mewakili kelab itu, awal musim panas ini.
Pemenang Liga Juara-Juara dua kali itu dikaitkan dengan Inter Milan, di mana bekas bos Porto, Jose Mourinho kini pengurusnya, tetapi kelab Itali menangguhkan atas alasan bayaran.
Chelsea bagaimanapun terus berunding untuk penurunan yuran untuk mendapatkan Deco.
Barcelona mengeluarkan satu kenyataan kelmarin, mendakwa Deco menandatangani satu kontrak tiga tahun dengan Chelsea.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Deco sertai Chelsea

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:42 pm

Harap2 pasnie Chelsea jd juara

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Deco sertai Chelsea

Post by eddymasao on Tue 09 Sep 2008, 3:12 pm

ak rase x leh gak..coz man city pon power ade robinho..
huhuhu korek idong

eddymasao
Murid bijak darjah 3
Murid bijak darjah 3

Number of posts : 50
Age : 28
Location : RAUB
Intake : julai 2006
Registration date : 2008-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Deco sertai Chelsea

Post by Sponsored content Today at 12:25 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum