KeLuHaN KaUm HaWa

View previous topic View next topic Go down

KeLuHaN KaUm HaWa

Post by isotonik on Thu 13 Mar 2008, 1:56 am

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal
dirimu,Bagaimanakah keadaan iman dan
amal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buat
jiwa dan hatimu?
Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik
hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti
mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal
yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang
fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang
sementara.
Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan
permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq
yang maha Esa,Hanya iman dan taqwa yang
akan dilihatNya.
Sebelum kau menyambut akad dari walid
kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanita
yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan
dijadikan pembantu di sayap kiri
perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di
malam hari untuk tahajud dan mendamba
cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan
sunnah habibullah di teratak kita,
Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah
buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh
mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak
berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan
akhirat nanti
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

isotonik
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 52
Age : 27
Location : pahang
Intake : julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum