Edry (KRU) jejaki kepuasan diri

View previous topic View next topic Go down

Edry (KRU) jejaki kepuasan diri

Post by qaleq on Fri 27 Jun 2008, 7:56 pm

POPULARITI dan kegemilangan nama kumpulan KRU tidak perlu diperkatakan lagi. Selepas 16 tahun menceburkan diri dalam bidang seni, KRU melalui pelbagai transformasi selain membina kejayaan dalam segenap aspek kerjaya seni mereka.
Seperti artis lain, kejayaan buat KRU tidak datang secara bergolek, sebaliknya, mereka juga harus melalui pelbagai kesukaran dan jalan berliku.
KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry pada ketika itu sudah berada di kelas mereka yang tersendiri.
Dan kini, selepas kepuasan mereka bertiga dicapai atas kapasiti KRU, akhirnya masing-masing memilih untuk bergerak secara sendirian.
Sebelum ini, Yusry pernah menghasilkan album solonya sehingga keinginan dua beradik yang lain tergendala.
Kini, Edry pula menuruti langkah Yusry menghasilkan album solo bergenre rock yang amat diminatinya.
“Sudah lama saya menyimpan keinginan untuk muncul dengan album solo tapi disebabkan komitmen lain menyebabkan saya menangguhkannya.
“Tetapi akhirnya kini, saya dapat juga merealisasikannya,” kata Edry kepada Hits ketika ditemui pada rakaman klip video single terbarunya berjudul Sumpah Tak Cari Lain di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Rancak meneruskan perbualan, suami kepada Milia Mohamed ini optimis, perjalanan seni secara solo ketiga-tiga mereka masih belum terlambat.
Biarpun bakal menghadapi kritikan, namun Edry dan KRU sudah bersedia untuk melalui segala cabaran baru yang bakal menanti mereka.
“Kami bermula dari bawah dan pelbagai cabaran sudah kami lalui. Kini, apa saja yang kami rencanakan semuanya untuk kepuasan sendiri, kini bukan lagi masa untuk kami buat album sebagai sumber kewangan,” jelas Edry lagi.
Edry bukan mendabik dada apabila berbuat kenyataan sedemikian.
Sebaliknya, anak muda berjiwa besar itu berpendapat, sumber pendapatan utama buat KRU datangnya dari pelbagai cabang perniagaan lain.
“Alhamdulillah rezeki untuk kami sekeluarga ada. Cuma apa yang kami hasilkan ini adalah untuk kepuasan dan menyalurkan idea muzik kami kepada peminat yang sedia ada. Kami buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati kami sendiri," jelasnya sambil tersenyum.
Rock jadi pilihan
Aspirasi Edry atau nama sebenarnya, Edry Abdul Halim ini menerusi pergerakan secara solo adalah berteraskan genre muzik yang sangat diminatinya iaitu, rock.
“Bila kita muncul secara solo kita dapat hasilkan sesuatu yang baru. Sudah tentu genre muziknya tidak sama dengan apa yang KRU perjuangkan.
“Istimewanya mengenai album solo ialah saya dapat tampil secara peribadi muzik yang saya gemar dan sudah tentu usaha ini juga akan memberikan perspektif baru terhadap jenama KRU.
“Kami sangat realisitik dalam hidup. Takkan pula sampai tua kami perlu nyanyi lagu sepert Awas atau Ooo..La...La,” jelas Edry mengharapkan pengertian khalayak seni.
Percubaan Edry menerusi single pertamanya berjudul Sumpah Tak Akan Cari Yang Lain bakal berada di pasaran awal bulan Julai depan.
Walaupun nama KRU sudah cukup gah dek kerana situasi industri seni yang tidak menentukan ini menyebabkan Edry sekadar mahu mengeluarkan single sahaja.
“Saya akan keluarkan single sahaja. Mungkin selepas empat atau lima single baru saya akan keluarkan album penuh.
“Sebab saya buat begini ialah kerana masyarakat kita kini bukannya suka membeli album kadangkala mereka sekadar suka sebuah lagu jadi apabila kita keluarkan single lebih mudah kepada mereka untuk memilikinya,” jelasnya lagi.
KRU tidak berkubur
Melihatkan kepada fokus seni ketiga-tiga beradik ini yang mahu bergerak secara sendirian pastinya membuatkan ramai tertanya adakah ini signal awal perpecahan KRU.
Tersenyum lebar terang lelaki berusia 33 tahun ini sambil berkata: “KRU tetap KRU dan sampai bila-bila akan tetap bersama.
“Cuma kini KRU masih belum berminat untuk membuat album baru. Lagi pun KRU ini merupakan gabungan muzik hip hop, rock dan pop. Jadi menerusi KRU, muzik yang ingin kami minat secara solo tak boleh ditampilkan sebab ia merupakan muzik gabungan. Jadi kami perlu tampil solo.”

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum