Kami tak gaduh” - Linda Onn

View previous topic View next topic Go down

Kami tak gaduh” - Linda Onn

Post by qaleq on Fri 27 Jun 2008, 7:54 pm

KHABAR angin mengenai hubungan keruh antara dua penyampai radio popular, yang bernaung di bawah bumbung radio Era, Linda Onn dan Nana kini semakin hangat diperkatakan.
Kedua-dua mereka kini dikatakan sedang bermasam muka dan saling menyalahkan antara satu sama lain berikutan punca kemerosotan rating yang dicatat oleh radio tersebut baru-baru ini.
Tidak mahu mengusutkan keadaan, kedua-dua mereka kini lebih gemar mengambil sikap berdiam diri.
Mungkin pada tanggapan mereka, berdiam diri merupakan langkah terbaik bagi meredakan ‘bahang’ khabar angin yang kian menular itu.
Linda yang ditemui baru-baru ini ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut, menafikan dakwaan perbalahan yang berlaku antara dia dan rakan sekontinya itu.
“Kami tidak bergaduh. Itu semua fitnah. Saya pun pelik macam mana cerita begini boleh berlaku, sehingga Nana sendiri telefon saya bertanyakan tentang gosip tersebut.
“Terus-terang saya katakan, kami tidak bergaduh dan Alhamdulillah, sehingga sekarang saya memang tidak bermusuh dengan sesiapa,” jelas Linda berhubung gosip yang melanda dirinya itu.
Sememangnya dunia glamor tidak pernah terlepas daripada pelbagai onak dan duri. Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian umum. Mahu atau tidak, terpaksa juga melangkah demi kerjaya yang diminati.
Bagaikan tiada kesudahan, kisah perbalahan tersebut walaupun telah dinafikan tetapi masih juga dipertikaikan oleh khalayak.
“Sebenarnya susah saya nak komen lebih pasal perkara ini kerana ia melibatkan pihak pengurusan. Apa yang boleh saya katakan, orang memang suka buat cerita yang menyebabkan perbalahan antara dua pihak.
“Sebagai manusia biasa, memang susah nak elakkan perkara seperti ini. Apa yang boleh saya lakukan ialah memaafkan orang yang membuat cerita sebegini, lagipun kalau saya cakap banyak nanti akan lebih menimbulkan banyak fitnah pula,” kata Linda memohon pengertian.
Tidak mungkin bersama Fahrin
Tidak cukup dengan kisah di konti penyiaran, timbul pula kisah yang melibatkan hal peribadinya.
Sememangnya, tidak mudah bagi wanita yang bakal menginjak usia 31 tahun pada 26 November ini untuk mengharunginya dugaan tersebut.
Senyum manis yang dilemparkannya, masih kelihatan kelat biarpun berusaha menyembunyikan perasaan sebenarnya ketika itu.
Sempat bertanya mengenai desas-desus berakhirnya hubungan ‘teman tapi mesra’ bersama aktor kacak Fahrin Ahmad, kata Linda, dia dan Fahrin masih berkawan seperti dahulu.
Menurut Linda, pendiriannya sebagai kawan masih utuh biarpun banyak pihak berpendapat bahawa hubungannya dengan pelakon itu sebenarnya lebih dari kawan biasa.
“Dulu lagi saya pernah kata, hubungan kami hanyalah sebagai kawan biasa. Dari dulu sampai sekarang, status dan pendirian itu tidak pernah berubah.
“Cuma untuk ke arah perkahwinan dengan Fahrin pada saya tidak mungkin berlaku,” jelas Linda tanpa rasa ragu.
Mengakui tidak ada sebarang pergaduhan dengan pelakon itu, kata Linda, ketika ini status dirinya masih solo dan masih belum ada jejaka yang berjaya membuka hatinya untuk ke gerbang perkahwinan.
“Sebagai seorang ahli perniagaan, saya berkawan dengan ramai orang, masih ada masa untuk saya berjumpa dan berkenalan.
“Mungkin dari perkenalan itu akan mewujudkan satu hubungan akrab dan seterusnya mengenali hati budi masing-masing,” kata pengacara rancangan Glamor di RTM1 itu.
Pemilik restoran My Mom’s Chiken Rice itu bakal memperluaskan perniagaannya bulan Julai ini dengan membuka restoran My Asam Pedas Shop yang akan beroperasi di hadapan pasar raya Tesco, Ampang.
Berbicara tentang aktiviti seninya, kata Linda dia bakal muncul dengan watak Tamara dalam filem Cicak Man 2 tidak lama lagi.
“Sekarang saya tengah tunggu jadual baru untuk tugasan di Era. Sebelum ini, jadual saya dari pukul 4 petang hingga 8 malam.
“Insya-Allah, tidak lama lagi dapatlah jadual baru,” kata Linda mengakhiri perbualan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Kami tak gaduh” - Linda Onn

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:39 pm

hubungan manusia yg xkn kekal abadi

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum