Snake versi tiga dimensi

View previous topic View next topic Go down

Snake versi tiga dimensi

Post by qaleq on Fri 27 Jun 2008, 7:04 pm

SEKIRANYA anda masih ingat, pernah satu ketika dulu, Nokia berjaya mempopularkan permainan Snake yang menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia.
Permainan tersebut yang mula diperkenalkan pada awal tahun 70-an itu telah berjaya menarik minat ramai pada lewat tahun 90-an selepas Nokia mengambil inisiatif dalam menyepadukan permainan tersebut agar dapat dimainkan pada telefon bimbit oleh orang ramai.
Justeru, Snake yang merupakan permainan menguji minda itu telah berjaya melahirkan peminatnya sendiri bukan sahaja di negara ini malah di serata dunia.
Sehubungan itu, Nokia sekali lagi mengorak langkah untuk menawarkan pengalaman baru kepada orang ramai dengan menghasilkan Snakes Subsonic versi baru tiga dimensi (3D).
Menurut Ketua Penerbitan Permainan Nokia. Dr. Mark Ollila, permainan Snakes Subsonic ini menawarkan pembukaan kepada pengguna terhadap kebangkitan evolusi permainan mobil yang menguji minda.
“Ini adalah kerana Snakes Subsonic hadir dengan paparan antara muka menarik serta memberi lebih cabaran kepada para pemain dalam menyelesaikan rintangan,’’ katanya.
Dalam pada itu, permainan Snakes Subsonic yang didatangkan dengan grafik 3D dan juga kesan muzik itu boleh dimainkan menerusi telefon bimbit Nokia model N-Gage.
Selain itu, para pemain juga berpeluang untuk berinteraksi serta memerah otak bagi mencuba untuk menyelesaikan permainan tersebut yang dibahagikan kepada zon.
Mereka harus menempuh halangan empat zon yang terbahagi kepada tanah, udara, air dan api sebelum ingin menamatkan permainan tersebut.
Sebelum itu juga, para pemain perlu menamatkan 40 peringkat pada setiap zon sebelum berpindah ke zon seterusnya.
Daripada segi pengendalian, tindak balas pantas merupakan elemen yang paling penting bagi menyelesaikan cabaran yang mendatang sebelum masa yang diberi tamat.
Lebih menarik, Snakes Subsonic tidak terhad kepada seorang pemain sahaja malah ia juga boleh dimainkan oleh dua orang serentak secara online.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permainan Snakes Subsonic versi baru itu, ia boleh didapati di laman web www.n-gage.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum