Memahami agama Islam

View previous topic View next topic Go down

Memahami agama Islam

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 9:01 am

HAI manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya oran yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujurat: 13)
Di sinilah hakikat Allah menciptakan makhluk bernama manusia di atas bumi ini selain berperanan sebagai khalifah Allah SWT. Meskipun wujud banyak perbezaan dalam pelbagai perkara mahupun isu dari yang besar hinggalah kepada yang remeh-temeh, namun bagi Muslim, agama Islam mampu menyelesaikannya serta menepati fitrah manusia.
Misalannya yang menyentuh soal konsep aurat, batas-batas aurat yang berlainan jantina, sejantina, aurat antara keluarga mahram dan keluarga bukan mahram, aurat kanak-kanak. Perkara berkaitan isu pendedahan aurat mungkin amat sensitif tetapi sebenarnya, masyarakat perlu difahamkan ia bukan setakat menutup kepala semata-mata.
Dibimbangi perlakuan seperti bertepuk tampar antara jantina yang berlawanan jantina yang sudah menjadi perkara yang terlalu biasa dan diterima sebagai satu norma dan seolah-olah bukan satu dosa.
Jika tidak dibendung akan menatijahkan sesuatu yang serius seperti, berlakunya sumbang mahram dan perlakuan zina yang berleluasa dalam masyarakat. Nauzubillah....
Lantaran itu PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul, Islam yang Mudah karangan mantan pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Alias Othman dan Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani, pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul di universiti yang sama.
Buku ini membincangkan tiga isu praktikal yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat yang majmuk agama dan budaya iaitu isu hubungan silang jantina, isu hubungan silang agama dan isu hubungan silang mazhab.
Setiap isu dihuraikan secara ringkas dengan mengemukakan hujah sama ada ayat al-Quran, hadis ataupun hujah syarak lain. Bahasa yang digunakan pula mudah difahami dan tidak terlalu terikat dengan laras bahasa fikah klasik.
Penulis turut menghidangkan pendapat para sarjana Islam daripada pelbagai mazhab perundangan sebagai panduan untuk pembaca memilih pendapat yang praktikal dan menyakinkan. Ia juga sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat usia dan status dalam masyrakat.
Perbincangan mengenai ketiga-tiga isu seperti hak dan kewajipan imbal balik antara orang Islam dan bukan Islam, isu kejiranan, penempatan serumah atau sebilik, berkongsi hari raya, ziarah-menziarahi, perkahwinan, mendoakan, persembelihan, bermazhab dan banyak lagi adalah relevan kerana ia melibatkan isu yang dihadapi oleh semua individu dalam masyarakat, sama ada dia seorang Islam atau bukan Islam.
Penulisan ini juga diharap dapat membantu pembaca memahami isu-isu di atas di samping dapat mengurangkan kekeliruan. Ia juga diharap dapat mengurangkan jurang perbezaan pendapat dan membantu pembaca agar lebih memahami pandangan orang lain.
Akhirnya, Islam adalah agama yang mudah, praktikal dan mencakupi seluruh aspek kehidupan insani tanpa memberati kemampuan umatnya.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum