Panorama alam mendamaikan jiwa

View previous topic View next topic Go down

Panorama alam mendamaikan jiwa

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 8:58 am

Di mana banyak ikan besar, di situlah akan menjadi tumpuan kaki pancing. Begitulah juga bagi Pantai Damai yang sudah lama menjadi tumpuan bagi penduduk Kuching yang gemar aktiviti memancing di laut.
Dengan berlatar belakangkan Gunung Santubong, Pantai Damai merupakan pantai yang indah serta berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.
Ia merupakan pilihan yang tepat kepada mereka yang mempunyai hobi memancing untuk menikmati panorama alam yang pastinya mampu mendamaikan jiwa.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, kawasan Pantai Damai sememangnya kaya dengan pelbagai spesies ikan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sasaran kaki pancing ataupun dalam bahasa tempatannya 'kaki ngail'.
''Bentuk muka bumi di kawasan Pantai Damai yang berbatu dan mempunyai banyak pulau menjadi tarikan utama kepada ikan-ikan seperti ibu gelama, tenggiri, jenahak, ketarap dan banyak lagi ikan batu karang yang sentiasa menjadi buruan kaki ngail," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan perairan Pantai Damai semakin dikenali peminat sukan memancing dengan meningkat kemudahan untuk ke laut seperti kapal dan bot sewa.
Beliau menjelaskan, kewujudan beberapa kelab memancing seperti Kelab Bot Sarawak, Kelab Maritim dan Memancing Pantai Damai, Semariang Anglers, Kelab Memancing Dewan Bandaraya Kuching Utara serta banyak lagi kelab memancing tempatan telah merancakkan lagi aktiviti sukan yang sihat dengan mencabar itu.
''Selain menjadi satu hobi, sukan memancing ini juga telah memberi peluang ekonomi baru kepada rakyat tempatan khasnya penduduk yang bekerja sebagai nelayan untuk menyewakan bot ataupun kapal mereka kepada pemancing selain perniagaan seperti air batu dan kedai makanan," katanya.
Beliau berkata, kawasan seperti perairan Telaga Air, Santubong dan Semariang merupakan antara tempat yang sering menjadi tumpuan pemancing khasnya pada waktu hujung minggu dan cuti.
Katanya, kawasan perairan Pantai Damai perlu terus dijaga dan dipulihara untuk memastikan hidupan marin di kawasan tersebut tidak terjejas oleh aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab khasnya pihak pengusaha perikanan seperti kapal tunda yang boleh memusnahkan habitat ikan di dasar laut.
Menurutnya lagi, lebih banyak tukun tiruan perlu dibuat di kawasan perairan tersebut yang dilihat sangat berpotensi untuk menjadi salah satu produk pelancongan utama di Pantai Damai pada masa akan datang.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Panorama alam mendamaikan jiwa

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:35 pm

boleh la hilangkan strees

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum