Berjimat bukan sampai menyiksa diri

View previous topic View next topic Go down

Berjimat bukan sampai menyiksa diri

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 8:55 am

JIKA seluruh warga Malaysia sentiasa kukuhkan fahaman di sebalik pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, sudah pasti kita tidak mudah gelabah dan 'naik minyak' dengan senario kenaikan harga barang kesan melonjaknya harga minyak di pasaran global.
Lantaran terbiasa hidup mewah dan suka bermegah yang sudah sebati dalam diri, maka berasa cemas segera datang apabila terpaksa berhadapan dengan kos hidup yang tinggi kerana semua barangan di pasaran meningkat dengan mendadak.
Oleh kerana minyak merupakan bahan asas yang menggerakkan aktiviti rutin hidup sejagat, maka tidak dapat tidak kita terpaksa jua menanganinya dengan bijaksana.
Sudah banyak analisis dibuat sejak tahun 70-an bahawa bekalan minyak dunia akan berkurangan suatu ketika nanti sehingga mencetuskan lonjakan harga bahan api tersebut.
Gaya hidup mewah sememangnya sukar untuk diubah kerana berkait rapat dengan status dan darjat seseorang. Individu yang dipandang tinggi di mata masyarakat tentulah sukar menerima saranan untuk berkongsi kenderaan ataupun menggunakan pengangkutan awam ke pejabat.
Apa yang dibeli adalah yang berjenama sahaja, di samping suka menghabiskan aktiviti masa lapang yang memerlukan perbelanjaan besar.
Apabila tiba waktu makan, berkunjung pula ke mana-mana premis makanan yang berprestij atau ke restoran makanan segera yang memerlukan kita berbelanja berkali ganda banyaknya berbanding menikmatinya di rumah.
Kini timbul pula saranan agar kakitangan awam dibenarkan membuat kerja-kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Pendapatan semasa yang diperolehi tidak lagi dapat menampung perbelanjaan keluarga kerana bajet bulanan yang mula tersasar.
Cadangan ini memang baik dan praktikal tetapi hanya bagi individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi sahaja. Bagi yang tidak memiliki iltizam yang kuat, ia hanya membuang masa, kerana boleh menggugat tugas hakiki dan produktiviti.
Apabila berhadapan dengan situasi sekarang, semua pihak sewajarnya menginsafi dan bermuhasabah diri.
Semua teori dan praktikal yang dicadangkan pelbagai pihak sepatutnya menjadi rangsangan kepada kita semua untuk berjimat cermat dalam apa jua aspek kehidupan tanpa mengira bangsa dan status.
Dalam komuniti keluarga umpamanya, anak-anak perlulah dididik agar sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemat sama ada di sekolah atau di rumah. Hidupkan semula tabiat menabung yang semakin pudar di kalangan anak-anak kita.
Bataskan waktu makan di luar, membeli barang-barang yang perlu sahaja, tidak terlalu memilih jenama, kurangkan hobi yang perlukan kos yang tinggi dan tidak melampau apabila berkenduri-kendara.
Pengurusan hidup berkeluarga yang teliti dan bijak bukan saja mampu membantu kerajaan membendung inflasi, malah dapat mengelak dari berlakunya pembaziran di samping mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.
Namun begitu, belanja berhemat bukan bermakna kita terlalu berjimat sehingga sampai ke tahap kedekut. Jika tubuh badan sendiri menjadi tidak terurus atau pemakanan harian semakin kurang nutrisi kerana terlalu berhemat dalam membeli keperluan dapur, situasi begitu sudah lari dari landasan dan konsep belanja berhemat yang sebenar.
Jimat berbelanja sebenarnya bukanlah dengan memudaratkan diri kita, tetapi mendidik diri untuk mengurangkan kuantiti mengikut kadar yang diperlukan tanpa menjejaskan kualiti yang diperolehi.
Islam dan semua agama di dunia ini melarang pembaziran dan hidup bermewah-mewah. Hanya kesederhanaan sahaja yang mampu mengekang manusia daripada terus alpa berbelanja dengan mengikut tuntutan naluri semata-mata.
Apa yang jelas, cabaran hidup di era kenaikan semua barangan keperluan kini menuntut kita untuk membina kekuatan dalaman yang utuh, tangani pengurusan kewangan dengan efektif dan perlukan anjakan sejajar dengan paradigma dan piawai global.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Berjimat bukan sampai menyiksa diri

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:33 pm

makan nsik sekali sehari jer..

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum