Turunkan caj perkhidmatan

View previous topic View next topic Go down

Turunkan caj perkhidmatan

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 8:45 am

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menurunkan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam dalam masa terdekat bagi mengurangkan bebanan mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kementeriannya dan PTPTN bagaimanapun belum menentukan kadar baru caj itu kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
''Saya yakin caj itu akan diturunkan sebagai memenuhi permintaan peminjam agar kementerian dapat meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas isu caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan PTPTN yang terus mendapat bantahan khususnya dalam kalangan peminjam tabung itu.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini meminta pihak PTPTN mewujudkan panel syariah kerana terdapat dakwaan yang mengaitkan caj tersebut sebagai amalan riba yang bertentangan dengan Islam.
Idris berkata, caj itu dikenakan untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran tabung tersebut serta merupakan sumber pendapatan PTPTN untuk menampung pinjaman pelajar lain pada masa depan.
''Sumber kewangan itu digunakan untuk pengurusan semata- mata, kita tidak boleh terlalu bergantung dengan kerajaan kerana PTPTN merupakan pentadbiran korporat.
''Oleh itu, peminjam tidak terkecuali untuk membayar caj perkhidmatan itu, tambahan pula PTPTN terpaksa mentadbir sejumlah dana yang besar,'' jelas beliau.
Idris memberitahu, PTPTN tidak pernah menggunakan caj tiga peratus itu untuk kegunaan lain seperti yang pernah dipersoalkan sebelum ini.
Beliau menjelaskan, bagi pembiayaan kepada agensi pembiaya, PTPTN menggunakan sumber kewangan kerajaan.
''Kita dicaj oleh agensi pembiaya itu lebih daripada empat peratus dan kita membayarnya secara berskala,'' katanya.
Beliau turut menafikan bahawa caj perkhidmatan tiga peratus itu sebagai amalan riba.
Sebaliknya, jelas Idris, caj tersebut bukan faedah pinjaman kerana PTPTN tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Turunkan caj perkhidmatan

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:33 pm

Elakkan riba... baik pjam yayasan negeri jer

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum