Idola mudahkan pelajar sekolah

View previous topic View next topic Go down

Idola mudahkan pelajar sekolah

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 8:35 am

KEJAYAAN serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai di atas kehadiran komputer tablet buatan tempatan ‘PC makcik’ sebelum ini mendorong MIMOS Berhad (MIMOS) untuk menghasilkan dua lagi model komputer tablet iaitu Jen-ii dan yang terbaru merupakan model Idola.
Sebelum ini, kewujudan PC makcik yang disasarkan pengunaannya terhadap penduduk luar bandar itu adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di kawasan bandar.
Oleh yang demikian, melihat kepada permintaan yang menggalakkan itu, MIMOS telah membuat peningkatan dan penambahbaikan terhadap PC makcik dan sekali gus memperlihatkan penghasilan model Jen-ii.
Jen-ii yang dilancarkan November tahun lalu itu pula disasarkan bagi kegunaan suri rumah berusia 35 tahun ke atas di kawasan luar bandar.
Penerapan aplikasi ringkas terhadap Jen-ii itu membuatkan ia mudah untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja secara tidak langsung menepati kriteria bagi digunakan oleh kumpulan sasar.
Lanjutan kepada usaha menyahut seruan kerajaan dalam menghasilkan masyarakat berteknologi maklumat (IT), MIMOS sekali lagi mengambil inisiatif dalam membangunkan model komputer tablet terbarunya Idola.
Model Idola yang lengkap dibangunkan dalam masa 13 minggu itu pula disasarkan penggunaanya bagi golongan usia muda dan pelajar sekolah.
Selain itu, baru-baru ini, MIMOS bergabung tenaga bersama-sama FTEC System Sdn. Bhd. dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkembangkan inisiatif perpindahan teknologi (TOT) .
Menerusi kerjasama itu, FTEC dipertanggungjawabkan untuk ░░░░░ Idola serta menambah baik fungsi komputer tablet tersebut.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Datuk Abdul Wahab Abdullah, tujuan utama perpindahan teknologi ini dijalankan adalah untuk memberi hak dan kebenaran kepada FTEC ░░░░░ teknologi serta produk yang dibangunkan oleh MIMOS.
“Tepat dan selari dengan masanya, model Idola ini merupakan produk yang baik untuk FTEC memperkembangkannya seterusnya dijadikan sebagai perkakas yang mampu digunakan di sekolah-sekolah.
“Ia juga akan menjadi kunci kepada menerapkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membudayakan generasi muda menjadi celik IT,’’ katanya selepas menandatangani MoU bersama-sama FTEC di ibu pejabatnya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Idola yang hanya mempunyai berat 800 gram itu dikatakan hadir dengan aplikasi yang mudah dan sangat sesuai untuk dikendalikan oleh golongan berusia muda.
Pemprosesan
Lebih menarik, ia dijana menggunakan pemprosesan terkini Intel Atom yang dikatakan menjimatkan tenaga dan terbaik dalam prestasinya.
Idola juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar, Bluetooth serta hadir dengan khidmat sambungan Internet IPv6.
Melalui IPv6, sambungan dan capaian Internet dikatakan lebih pantas dan luas berbanding IPv4.
Gabungan semua ini membolehkan pelajar melayari Internet dan melakukan tugasan di mana saja mereka berada.
Tidak didatangkan dengan papan kekunci, Idola menggunakan skrin sentuh bagi aplikasinya serta papan kekunci lembut (soft keyboard).
Namun, bagi mereka yang mahu menggunakan papan kekunci fizikal, terdapat port USB atau bluetooth untuk menyambungnya.
Kehadiran port USB pada Idola juga membolehkan komputer tablet itu diselaraskan dengan pelbagai gajet lain.
Walaupun belum berada di pasaran, harga runcit Idola ditawarkan kepada pengguna adalah pada RM960.
Kehadiran Idola ini secara tidak langsung akan memperkembangkan generasi yang mampu menjadi pemangkin kepada industri ICT negara.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum