Mohd. Fairuzizuan-Mohd. Zakry juara berganda Siri Super

View previous topic View next topic Go down

Mohd. Fairuzizuan-Mohd. Zakry juara berganda Siri Super

Post by qaleq on Mon 23 Jun 2008, 8:30 am

Mohd. Fairuzizuan Tazari- Mohd. Zakry Latif muncul pasangan pertama Malaysia merangkul kejuaraan beregu lelaki Terbuka Indonesia dalam tempoh 18 tahun selepas menundukkan bekas juara Olimpik dan juara dunia, Candra Wijaya-Tony Gunawan pada perlawanan akhir, semalam
Beregu nombor tiga negara itu merangkul kejuaraan Siri Super kedua berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan gandingan Indonesia/Amerika Syarikat, Candra-Tony 19-21, 21-18, 21-14.
Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan beregu lelaki di Terbuka Indonesia adalah menerusi pasangan Razif Sidek-Jalani Sidek pada 1990.
Walaupun terpaksa berdepan dengan sorakan 3,000 penyokong tuan rumah di Stadium Istora, Senayan, beregu nombor 13 dunia itu berjaya mengatasi tekanan hebat untuk menang dalam tempoh 53 minit.
Kejuaraan ini muncul seminggu selepas mereka merangkul gelaran Siri Super pertama di Terbuka Singapura.
Kemenangan ini juga membolehkan Fairuzizuan-Zakry membawa pulang AS$17,500 (RM56,000) dan bakal melonjak ke kelompok 10 terbaik dunia pada ranking Persekutuan Badminton Dunia, minggu depan.
"Kami berjaya mengalahkan Candra-Tony pada separuh akhir tahun lalu tetapi gagal menamatkan saingan dengan kejuaraan.
"Bagaimanapun kali ini kami berjaya mengatasi pencapaian tahun lalu dan menewaskan pasangan handalan itu sekali lagi, ia sesuatu yang cukup mengujakan,'' kata Zakry.
Fairuzizuan-Zakry turut melangkah ke final Terbuka Indonesia 2007 tetapi tumpas kepada pasangan utama China, Fu Haifeng-Cai Yun.
Kemenangan ini meneruskan langkah konsisten pasangan muda negara itu sejak berjaya mencuri tumpuan di pusingan akhir Piala Thomas, Mei lalu apabila menumbangkan beregu China, Guo Zhendong-Xie Zhongbo di separuh akhir.
Sementara itu, jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro merangkul gelaran perseorangan lelaki selepas menundukkan rakan senegara, Simon Santoso 19-21, 21-14, 21-9.
Meskipun tidak menurunkan pemain nombor satu dunia, Xie Xingfang, China masih mampu merangkul kejuaraan perseorangan wanita menerusi juara dunia, Zhu Lin yang menewaskan pemain tuan rumah, Maria Kristin Yulianti 21-18, 17-21, 21-14.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Mohd. Fairuzizuan-Mohd. Zakry juara berganda Siri Super

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:30 pm

bkal menggantikan razif-jalani sidek..

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum