Salah makan sukar mengandung

View previous topic View next topic Go down

Salah makan sukar mengandung

Post by qaleq on Thu 19 Jun 2008, 7:25 pm

Pemakanan merupakan antara elemen yang penting dalam mempengaruhi kadar peningkatan kesuburan dan sekali gus kehamilan seseorang wanita.
Jika selama ini ramai yang menyangka bahawa kehamilan hanya boleh dibantu dengan rawatan kesuburan iaitu ujian diagnostik, ubatan dan peralatan berteknologi tinggi, ia adalah sangkaan yang meleset kerana pilihan makanan juga menyumbang kepada keadaan normal untuk kitaran kesuburan wanita.
Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat sama ada banyak atau sedikit telah dikenalpasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada ketidaksuburan seseorang wanita yang ingin mendapatkan zuriat.
Begitu juga dengan berat badan yang berlebihan dan berkurangan juga boleh mengganggu kitaran kesuburan wanita tersebut.
Menurut pakar pemakanan New Rochelle, New York, Maria Biasucci-Vianna, ovari dan sel-sel lemak mengawal estrogen yang menjejaskan kesuburan dan sekiranya anda terlalu gemuk atau obes, estrogen akan keluar dengan banyak.
“Bagi wanita yang terlalu kurus pula tidak cukup untuk mengeluarkan estrogen. Kedua-dua keadaan ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan mengalami masalah kemandulan.
“Justeru itu, bagi mengekalkan berat yang sesuai dan keseimbangan kitaran kesuburan, dinasihatkan supaya wanita memeriksa indeks berat badan (BMI). BMI dalam lingkungan 19 hingga 24 menunjukkan berat yang sesuai. Jika di bawah atau di atas lingkungan itu, perlu mendapatkan nasihat pakar,’’ katanya.
Bagaimanapun, sekiranya berat badan tidak bermasalah tetapi mengalami masalah kesuburan, seseorang wanita itu perlu mengubah pengambilan makanan.
Baru-baru ini, Harvard School Public Health telah melaporkan penemuan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 18,000 wanita.
Kajian yang telah dilakukan selama lapan tahun itu ke atas diet mereka menunjukkan pemakanan sememangnya mempengaruhi kemampuan untuk mengandung.
Hasil kajian itu mendapati, sebanyak 20 peratus wanita yang makan makanan yang mengandungi banyak lemak, protein haiwan dan karbohidrat mengalami gangguan penghasilan telur oleh ovari. Justeru itu, bagi membantu, mereka harus mengubah corak pemakanan dan gaya hidup.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum