Kutipan cukai dijangka cecah RM80 bilion

View previous topic View next topic Go down

Kutipan cukai dijangka cecah RM80 bilion

Post by qaleq on Wed 11 Jun 2008, 8:44 am

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka dapat mengutip cukai RM80 bilion pada tahun ini berbanding RM74.66 bilion pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarkan langkah lembaga berkenaan menambah jumlah saluran perkhidmatan pembayaran cukai dengan institusi perbankan tempatan dan asing.
Beliau berkata, kerjasama terbaru dengan Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang dilancarkan hari ini merupakan usaha untuk meluaskan jangkauan kepada pembayar cukai negara ini melalui perkhidmatan elektronik.
Katanya, Maybank merupakan bank keempat yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu selepas CIMB Bank Bhd. RHB Bank Bhd. dan Public Bank Bhd.
''Kami sedang berbincang dengan sebuah bank asing dan berharap bank itu dapat menyediakan perkhidmatan kepada LHDN secepat mungkin,'' katanya selepas pelancaran kerjasama antara Maybank dan LHDN dalam menawarkan perkhidmatan pembayaran cukai melalui perkhidmatan Maybank.
Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Melalui kerjasama itu, Maybank menawarkan perkhidmatan pembayaran cukai melalui empat saluran perbankan iaitu mesin ATM, perbankan Internet Maybank2u.com, Kawanku Phone Banking dan kaunter-kaunter bank.
Beliau berkata, sejak awal tahun sehingga sekarang, LHDN telah mengutip lebih RM1.6 bilion termasuk RM76 juta melalui Internet dan RM898 juta melalui kaunter.
Sementara itu, Abdul Wahid berkata, dengan tawaran semua jenis perkhidmatan pembayaran itu, Maybank menyasar untuk mengutip sebanyak RM5 bilion cukai setahun.
Beliau berkata, pihaknya telah melancarkan perkhidmatan pembayaran cukai itu sejak sebulan lalu dan telah menjalankan sebanyak 23,000 transaksi.
Tambah beliau, perkhidmatan itu adalah percuma kepada pelanggan dalam meneruskan komitmennya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Kutipan cukai dijangka cecah RM80 bilion

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:25 pm

kalu cam 2 kaya lg la ngara kite nie

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum