Bekas Raja Nepal miliki harta lebih RM650 juta

View previous topic View next topic Go down

Bekas Raja Nepal miliki harta lebih RM650 juta

Post by qaleq on Tue 10 Jun 2008, 7:14 pm

Raja Nepal yang telah disingkir dari takhtanya baru-baru ini didakwa mempunyai harta berjumlah hampir AS$200 juta (RM657 juta) di negara ini dan mungkin lebih banyak lagi di luar negara.
Menurut Surya Thapa, wartawan yang mengarang tiga buah buku mengenai kerabat diraja di negara banjaran Himalaya ini, Gyanendra tidak akan merasai keperitan hidup sebagai rakyat biasa.
Sebaliknya kata Thapa, akauntan negara ini yang akan berdepan dengan kesukaran untuk merampas kekayaan bekas raja itu.
“Berdasarkan penyelidikan saya, Gyanendra memiliki sejumlah AS$195 juta (RM638 juta) dalam bentuk pelaburan di 35 syarikat Nepal dan mungkin banyak yang dipindahkan ke luar negara.
“Tiada siapa tahu jumlah kekayaan yang dimiliki Gyanendra di luar Nepal dan tiada cara untuk berbuat demikian,” kata Surya lagi.
Jelasnya, pemerintah-pemerintah Nepal sebelum ini pernah menyimpan wang di luar negara dan merahsiakan hal itu.
Tambah Surya, sejak tiga dekad lalu kerabat diraja Nepal melabur dalam bidang hartanah, syarikat dan industri tetapi selepas referendum 1980, mereka mula melakukan pelaburan secara senyap-senyap.
Surya melakukan penyelidikan dengan mengesan dokumen pendaftaran tanah yang dikaitkan dengan kerabat diraja dan menemu bual beberapa rakan niaga mereka, ahli politik proraja dan pekerja istana.
Ulasan oleh Surya dibuat ketika seorang pegawai kerajaan menyatakan bahawa Gyanendra enggan memberi kerjasama kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab mengaudit harta diraja dan mahkota bertatahkan berlian dan permata yang masih belum ditemui.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Bekas Raja Nepal miliki harta lebih RM650 juta

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:22 pm

kalu dia bagi aku sejuta pn dah ckup idup aku

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum