Selamat menunaikan umrah, Hattan

View previous topic View next topic Go down

Selamat menunaikan umrah, Hattan

Post by qaleq on Sun 08 Jun 2008, 7:13 pm

SEJAK kebelakangan ini memang ramai benar artis kita baik lelaki mahupun perempuan, yang solo ataupun berkahwin serta keluarga masing-masing pergi mengerjakan umrah.
Sejuk betul hati Joyah melihat artis-artis yang tak pernah lupa tanggungjawab kepada Penciptanya. Joyah juga jika diizinkan satu hari nanti mahu ke sana.
Terbaru, Isnin lalu (2 Jun) Hattan pergi mengerjakan umrah bersama-sama ibu dan anak tunggalnya, Adam. Memang sebelum ini Hattan pernah menyatakan hasratnya mahu ke Tanah Suci itu bersama Amy (Search) dan Man Kidal.
Tapi nampaknya Hattan tukar rancangan dan pergi bersama keluarganya. Pada ketika Hattan berangkat ke sana, Amy dan keluarganya pula baru sahaja menjejakkan kaki ke tanah air dari Tanah Suci.
Amy bersama-sama isteri dan anak sulungnya, Nabila mengerjakan umrah ke sana selama dua minggu dan pulang pada 1 Jun lalu.
Seronok benar Amy dapat ke sana bersama keluarganya yang tercinta. Iyalah, itu juga cita-cita Amy yang nak bawa sekali anak-anak ikut serta dalam rombongan umrahnya selepas dia pulang mengerjakan umrah bersama isterinya, tahun lepas.
Selamat pulang kepada Amy dan keluarganya dan kepada Hattan dan keluarganya serta seluruh umat manusia yang ke sana, Joyah mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka dapat mengerjakan ibadah dengan tenang dan penuh tawaduk.
Tapi dalam ramai-ramai yang pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, ada yang ternampak Korie, ya! Korie, bekas guru tari Akademi Fantasia empat (AF4) tu yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan dramatis Norkhiriah.
Khabarnya dia pun turut menunaikan umrah di Tanah Suci. ini kali pertama di menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah!

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Selamat menunaikan umrah, Hattan

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:18 pm

hasil titik peluh dapat gak g umrah

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum