Nicol juara Terbuka Seoul

View previous topic View next topic Go down

Nicol juara Terbuka Seoul

Post by qaleq on Sun 08 Jun 2008, 7:11 pm

rock Nicol David meraikan penghormatan menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan merangkul kejuaraan skuasy Terbuka Seoul, semalam.
Pemain nombor satu dunia itu menundukkan musuh tradisi dan pemain nombor tiga dunia, Rachel Grinham dari Australia 9-5, 10-9, 9-5 dalam perlawanan akhir.
Ini merupakan kejuaraan Jelajah Wispa (Persatuan Pemain Profesional Wanita Antarabangsa) keempat berturut-turut buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu sepanjang 2008.
Nicol, 24, sebelum ini turut memenangi Terbuka Apawamis (Februari), Terbuka KL (Mac) dan Terbuka Britain (Mei).
Pada separuh akhir kelmarin, Nicol menundukkan Alison Waters dari England 10-8, 9-7, 9-5, manakala Grinham menang 6-9, 9-6, 9-4, 9-5 ke atas Laura Lengthorn-Massaro, juga dari England.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Nicol juara Terbuka Seoul

Post by qaleq on Tue 15 Jul 2008, 1:16 pm

Nicol dah dapat pangkat DATUK...

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum