Stacy AF6 sembunyi kesusahan

View previous topic View next topic Go down

Stacy AF6 sembunyi kesusahan

Post by qaleq on Sun 08 Jun 2008, 5:49 pm

MELIHAT gaya dan penampilan juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy, tak sangka pula gadis berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu hidup susah hingga tidak mampu menghabiskan persekolahan. Pelik juga dalam meniti arus pembangunan moden dan macam peruntukkan disediakan, masih ada lagi insan yang tercicir daripada pelajaran seperti Stacy.

Apa pun Raja puji sikap Stacy yang tidak pernah menunjukkan kesusahannya. Tengoklah dalam Diari Akademi Fantasia setiap hari, Stacy tak pernah memancing undi peminat atau pengundi dengan cerita kesusahannya seperti sesetengah pelajar dulu. Stacy mampu berdiri dengan bakat yang dimiliki, bukan undi simpati. Raja hanya tahu Stacy benar-benar susah selepas Konsert Akhir AF, minggu lalu.

Stacy akui kesempitan hidup sehingga memaksanya melupakan persekolahan menyebabkannya menggunakan peluang dan ilmu yang diperoleh secara `percuma' sepanjang berada dalam akademi dengan belajar bersungguh-sungguh.
“Saya tidak berpeluang menamatkan persekolahan kerana kesempitan hidup. Apabila mendapat ilmu baru, saya tekad belajar bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu ketinggalan seperti dulu hingga dan gagal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab malam sambil bersekolah pada sebelah siang untuk menampung kehidupan. Masalah kewangan menjadi punca kenapa saya tidak dapat meneruskan persekolahan. Bagaimanapun, saya tetap menyimpan impian untuk menduduki SPM,” katanya.

Stacy bersyukur Tuhan membantunya. Dari dulu, hidup mereka sekeluarga tidak pernah merasai kemewahan. Stacy bercadang membawa keluarga tinggal bersamanya kelak.

“Ini adalah hadiah paling besar dalam hidup saya dan terima kasih buat peminat kerana mengundi, tak lupa kepada pengetua dan tenaga pengajar AF6 yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. Saya tidak tahu macam mana nak balas jasa mereka. Ilmu yang dicurahkan terlalu besar maknanya,” katanya.

Sedih Raja dengar cerita Stacy. Raja harap Stacy tak cepat lupa diri dan keluarga apabila sudah meniti puncak populariti kelak. Stacy kena ingat, keluarga perlu diutamakan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Stacy AF6 sembunyi kesusahan

Post by zackmuska on Wed 11 Jun 2008, 6:15 pm

alamak!!!!tlebeyyyy sudah...

_________________
"For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic"

zackmuska
V.I.PeaMerS
V.I.PeaMerS

Number of posts : 507
Age : 30
Location : Somewhere
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-05

View user profile http://www.polimuadzam.edu.my

Back to top Go down

Re: Stacy AF6 sembunyi kesusahan

Post by qaleq on Tue 01 Jul 2008, 5:29 pm

nsib baik dia juara af

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Stacy AF6 sembunyi kesusahan

Post by Sponsored content Today at 4:36 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum