Mawi nak ikut jejak aku...

View previous topic View next topic Go down

Mawi nak ikut jejak aku...

Post by qaleq on Sun 08 Jun 2008, 5:39 pm

SELEPAS tersiarnya artikel 'Mawi, Ikin nikah Disember ini?' menerusi ruangan Zubir Intip, kemunculan Mawi dan Ikin di Genting Highlands menjadi tumpuan media. Akhirnya pada majlis minum petang anjuran Lord’s Tailor dan Michael Shu di Hotel Genting, beberapa jam sebelum malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, Mawi membuat pengakuan terbuka, Ikin adalah teman istimewanya, binggo!

Zubir pula sekadar tumpang gembira apabila teka-teki percintaan Mawi-Ikin akhirnya terjawab selepas sekian lama pasangan berkenaan cuba berahsia. Mawi tidak mampu lagi berselindung apabila media semakin banyak mendedahkan bukti percintaan mereka. Zubir tabik spring dengan sikap gentleman Mawi, jika sudah suka sama suka, mengaku sajalah dan berserah kepada jodoh. Cayalah Mawi!
Pun begitu, baru-baru ini Zubir berkesempatan bersembang dengan Mawi mengenai rentetan pengakuan ‘berani matinya’ itu.
“Bagi saya, tidak ada apa lagi yang harus disembunyikan daripada peminat dan media. Saya sudah pun membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan saya dan Ikin. Terus-terang saya katakan, setiap orang mengimpikan perkahwinan, begitu juga dengan saya. Memang ada dalam perancangan, saya akan melamar Ikin dalam masa terdekat ini, tapi tidak ada tarikh yang benar-benar sesuai lagi.

“Semuanya bergantung kepada kelapangan masa kami berdua dan tentunya restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak amat kami harapkan. Setakat ini Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan kami. Namun, sekiranya November atau Disember depan ditakdirkan niat yang suci itu menjadi kenyataan, saya tidak mampu menolak ketentuan Ilahi, saya reda. Bertunang dan bernikah, pastinya menjadi kenyataan jika kuat jodoh kami, insya-Allah,” kata Mawi kepada Zubir, petang Khamis lalu.

Yang pasti, kenyataan Mawi kali ini lebih melegakan Ikin kerana sebagai perempuan, dia semestinya mengharapkan Mawi membuat kenyataan lebih bersikap gentleman.

Zubir pula tidak melepaskan peluang bertanyakan kepada Ikin komennya berhubung ‘kata-kata berbunga’ daripada Mawi itu.

“Ikin ikut apa saja keputusan Mawi. Kami hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Apa yang Ikin pohon ketika ini, biarlah perhubungan ini mendapat restu daripada-Nya. Umum pula sedia maklum, kami berkawan rapat, insya-Allah biarlah ikatan cinta ini berakhir di jinjang pelamin. Umur kami pun bukannya muda lagi.

“Pada masa sama, berilah kami ruang untuk mengenali dan menyelami hati budi masing-masing dengan lebih mendalam sebelum melangkah ke fasa lebih bermakna, alam berumah tangga, insya-Allah,” akui Ikin kepada Zubir penuh makna.
Sejuk hati Zubir mendengar pengakuan jujur daripada Mawi dan Ikin. Mudah-mudahan apa yang mereka hajati, ingin membina mahligai bahagia, menjadi kenyataan penghujung tahun ini. Zubir dan warga Bintang Popular sentiasa mendoakan kebahagiaan bakal menjelma di akhir perhubungan mereka nanti, insya-Allah.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum