Mawi tunang dan nikah serentak

View previous topic View next topic Go down

Mawi tunang dan nikah serentak

Post by qaleq on Thu 05 Jun 2008, 7:20 pm

CINTA sesuatu yang indah! Hati sang pencinta sering kali terbuai dan sentiasa merasa bahagia apabila selalu berada di samping yang tersayang. Setiap insan yang terkena panahan cinta pastinya tidak mahu ia berlalu pergi.
Walau beribu cabaran yang dialami tetapi pastinya demi cinta nan satu itu, segala halangan dan rintangan akan cuba diharungi semata-mata mahu menakluki cinta tersebut.
Mengakui cinta yang dimiliki kini amat menggembirakan hati dan diri, jejaka idaman Malaya, Mawi sudah tidak mampu menggambarkan perasaan yang terbuku di hati.
Ruang-ruang sepi kini semakin terisi dan segala kegembiraan dan kesedihan sudah boleh dikongsi bersama yang tersayang selain keluarga di sisi.
Setelah mengisytiharkan cintanya beberapa bulan lalu bersama Ekin atau Nora'Asikin Rahmat, 29, penyanyi yang popular dengan lagu Kian ini mengakui hari-harinya kini semakin bererti.
Namun, dia masih lagi senang membiarkan orang ramai termasuk media terus berteka-teki tarikh perkahwinannya.
Meskipun kini cerita persiapan perkahwinannya sedang hangat diperkatakan namun Mawi tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk mengumumkan segala-galanya.
Dalam nada lembut dan mahu menjaga hati semua pihak, jelas Mawi: “Setiap manusia mempunyai keinginan untuk berkahwin dan saya juga begitu.
“Seperti lelaki lain, saya mahu memiliki keluarga sendiri. Perancangan ke arah perkahwinan memang ada tapi saya tak berani nak mengulas lanjut kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku di hari depan. Yang terbaik apabila sampai masa kelak saya akan beritahu semua pihak tentang perkara yang baik itu,” katanya tenang dalam satu pertemuan dengan Hits di bandaraya Seoul, Korea baru-baru ini.
Jelas penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini lagi, sekiranya ditakdirkan jodoh bersama kekasih hatinya itu termakbul dia mahu mengadakan majlis tunang dan nikah serentak pada hari yang sama.
Mengakui pengalaman lalu yang pernah dilaluinya mengajar seribu satu erti dugaan sepanjang ikatan pertunangan lantas langkah tersebut yang dirasakan terbaik.
“Banyak dugaan jika bertunang lama-lama jadi lebih baik saya adakan kesemua majlis tersebut serentak pada hari yang sama. Dugaan masa bertunang hebat dan saya tak mahu mengalaminya lagi,” luahnya jujur.
Bercerita lanjut mengenai perkahwinan anak muda berusia 27 tahun ini berkata, majlis perkahwinannya kelak akan diadakan di bandar dan di kampung bagi mengabadikan kenangan terindah tersebut bersama peminat dan keluarga tersayang.
“Mungkin lebih indah jika saya dapat adakan di kedua-dua lokasi supaya semua pihak dapat berkongsi kenangan indah itu. Tapi semua itu hanya rancangan sahaja, kita merancang dan Tuhan yang menentukannya,” ujarnya sambil menguntum senyuman yang menyimpan seribu pengertian.

Tidak takut hilang peminat
Satu hakikat yang tidak mampu dinafikan ialah apabila seseorang artis itu memiliki cinta dan mendirikan rumah tangga pastinya populariti atau minat peminat terhadap mereka berkurangan.
Percaya pada takdir, tegas Mawi, sekiranya benar dia mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini, dia yakin pada rezeki Allah.
“Saya tak takut hilang peminat kalau sekiranya saya berkahwin pada tahun ini. Tak perlu takut sebab ini realiti. Kalau nak sokong, sokonglah secara ikhlas.
“Kalau saya berkahwin mereka terus tak suka, saya tak boleh buat apa-apa. Bukan tak hargai mereka tapi mereka juga perlu faham kerana semua ini lumrah kehidupan. Tapi saya yakin dan percaya pada rezeki,” jelas bintang kelahiran Akademi Fantasia ini lagi.
Dalam pada itu, jelas kelihatan signal-signal yang dipamerkan oleh para peminatnya seakan-akan tidak merestui perhubungannya bersama Ekin.
Mengerti situasi tersebut namun Mawi mengharapkan pengertian daripada peminatnya.
“Cubalah faham hati dan perasaan saya. Sebagai peminat ada batasan, tak akan sampai dengan siapa saya bercinta pun ditentukan oleh mereka. Bukan saya tak berterima kasih, kerana mereka minat saya tapi sebagai manusia saya juga ada hak untuk mencintai dan dicintai.
“Saya amat berharap mereka dapat menerima dengan rela hati pilihan saya. Saya sedar saya tak ada kuasa untuk memuaskan hati semua pihak tapi saya harap mereka dapat terima keputusan ini dengan baik," ujarnya tenang.
Filem baru
Walaupun kemampuan Mawi sebagai pelakon masih belum teruji namun khabarnya jejaka yang gemarkan silap mata ini telah pun menerima tawaran bagi membintangi sebuah filem komedi.
Mawi dikatakan bakal bergandingan bersama seorang selebriti wanita popular tanah air.
Tersenyum manis dan mengangguk, Mawi mengakui, ada menerima tawaran itu. Namun terang jejaka berbintang Virgo ini, dia masih lagi belum membuat sebarang pertimbangan mengenai tawaran itu.
Barangkali, enggan pisang berbuah dua kali seperti apa yang berlaku pada produksi Aduh Saleha, lantas Mawi mahu mengambil sedikit masa untuk memikirkan tawaran itu.
“Saya kena fikir masak-masak dan tengok betul-betul jalan cerita dan skripnya. Kalau betul-betul sesuai baru saya akan terima. Saya tak mahu main redah saja,” jelasnya dalam nada yang serius.
Menjengah pasaran Korea
Sementara itu, kali kedua berada di bumi Korea sedikit sebanyak membuatkan lelaki ini jatuh hati di bumi indah tersebut.
Tersemat dalam hatinya juga untuk mencuba nasib menceburi pasaran muzik di sana.
Tidak keterlaluan sepanjang berada di Korea, masyarakat di sana rata-rata dapat menerima kehadiran Mawi. Malah khabarnya lagu Kian amat digemari di sana.
“Alhamdulillah sambutan yang saya terima menggalakkan. Kalau boleh saya mahu mencuba pasaran di sini tapi semuanya terpulang pada keadaan,” terang Mawi yang berhasrat mengusahakan restoran di Korea.
Kunjungan kali kedua ini menyaksikan Mawi ditemani oleh 200 orang peminatnya.
Menghabiskan masa tujuh hari bersama-sama, percutian anjuran Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. dengan sokongan penuh Korean Tourism Organisation (KTO) itu cukup menggembirakan Mawi dan peminat- peminatnya.
“Inilah dalam sejarah saya bercuti bersama peminat yang paling ramai. Cukup menyeronokkan kerana dapat mendekatkan diri bersama mereka,” ujarnya yang berpuas hati kerana dapat melawat beberapa tempat menarik di Korea seperti Sangsoo Herb Land, Pulau Nami, Gyeongbokgung dan Myeongdong.
Lebih istimewa lagi kunjungan kali kedua Mawi ke Pulau Nami, telah disambut dengan meriah. Malah Mawi telah dianugerahkan sijil kerakyatan, pasport, setem dan duit syiling Pulau Nami kepadanya.
Ketika di sana, Mawi turut menjalani rakaman program Sinar Korea Bersama Mawi dan Heliza yang akan ditayangkan di saluran Oasis (saluran 106, Astro).

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum