PDA sentuhan pintar

View previous topic View next topic Go down

PDA sentuhan pintar

Post by qaleq on Thu 05 Jun 2008, 6:04 pm

PADA kebiasaannya, menyebut tentang rangkaian telefon gajet pembantu digital peribadi (PDA), pasti ramai yang beranggapan ia sukar untuk dikendalikan berpunca dari penerapan sistem format aplikasi yang berbeza jika dibandingkan dengan telefon bimbit biasa.
Ini adalah kerana PDA menawarkan kepelbagaian terhadap fungsinya yang sama seperti mengendalikan sebuah komputer bergerak.
Secara tidak langsung, kewujudan rangkaian PDA ini selalunya disasarkan penggunaanya terhadap golongan profesional.
Justeru itu, senario tersebut membuatkan pengguna secara keseluruhan kurang meminati untuk menggunakan telefon jenis PDA.
Sehubungan itu, HTC Corp. telah mengambil inisiatif dengan melancarkan model telefon PDA terbarunya, HTC Touch Diamond.
Hasil usaha penambahbaikan serta pengemaskinian, model tersebut dikatakan mudah pengguna dan sangat ringkas untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja.
Dalam pada itu, HTC Touch Diamond menampilkan ciri-ciri fungsi pintar, reka bentuk bergaya serta menjanjikan sambungan rangkaian Internet yang pantas.
Penghasilan model tersebut sekali gus memperbaharui evolusi terhadap teknologi pembuatan rangkaian telefon PDA.
Sama seperti pembuatan model jenis PDA lain, model tersebut turut menerapkan teknologi sesentuh bagi tujuan pengendalian.
Namun, kehadiran antara muka baru yang diperkenalkan menerusi teknologi TouchFlo 3D membuatkan aplikasi yang dipaparkan tampak ringkas dan mudah digunakan.
Teknologi tersebut membenarkan pengguna untuk mengakses dan menguruskan aplikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, foto, muzik, cuaca semasa dan banyak lagi dengan pantas dan mudah.
Antara muka baru itu juga memperlihatkan pembaharuan dengan menonjolkan imej tiga dimensi yang menarik di atas skrin paparan luas sebesar 2.8 inci.
Lebih menarik, kemudahan mobiliti pengguna dapat ditingkatkan dengan sambungan Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) 7.2 Mbps yang pasti menjanjikan kelancaran dan kepantasan ketika melayari Internet.
Sambungan wayarles itu juga dikatakan menjanjikan prestasi pantas sama seperti melayari Internet menggunakan komputer meja.
Bagi memudahkan lagi pengguna melayari Internet, model tersebut turut dilengkapi dengan paparan web browser yang direka khas bagi memudahkan navigasi kandungan web.
Dari sudut rekaan pula, ia mempunyai saiz yang nipis dan rekaan lebih kompak berbanding rangkaian PDA yang ada di pasaran.
Sementara itu, bahagian belakang model tersebut hadir dengan reka bentuk bersegi-segi nyata tampak seperti berlian dan penerapan binaan berteraskan elemen besi membutakan model tersebut kelihatan unik dan bergaya.
Sebagai tambahan, HTC Touch Diamond dilengkapi dengan kemudahan kamera 3.2 mega piksel.
Menyentuh aspek memori pula, model tersebut didatangkan dengan ruang memori terbina dalam bersaiz 4 Gigabait (GB).
Saiz ruang memori 4 GB itu boleh dikatakan sangat luas dan sudah memadai untuk menyimpan pelbagai data termasuk rakaman video, imej muzik dan sebagainya.
Model tersebut boleh didapati di pasaran tempatan mulai Jun dan harga runcit yang ditawarkan adalah pada RM2,799.
Maklumat dan spesifikasi lengkap model HTC Touch Diamond itu boleh didapati dengan melayari laman web www.htc.com.
-Spesikafi
*Sistem pemproses : Qualcomm MSM7201A 528 MHz
*Sistem operasi : Windows Mobile 6.1 Professional
*Memori : ROM : 256 MB
* RAM : 192 MB
*Memori dalaman: 4GB
*Dimensi : 102 Milimeter (mm) x 51 mm x 11.35 mm
*Berat : 110 gram (dengan bateri)
*Skrin paparan : 2.8 inci TFT-LCD, resolusi VGA.
*Rangkaian : HSDPA/WCDMA, Triband GSM/GPRS/EDGE 900/1800/ 1900 MHz
*GPS : antena GPS binaan dalam.
*Sambungan : Bluetooth 2.0 EDR, A2DP dan AVRCP, WiFi.
*Kamera : 3.2 mega piksel dan fokus automatik.
*Bateri : Litium-ion.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: PDA sentuhan pintar

Post by ibnu_laden on Fri 13 Jun 2008, 1:34 pm

so??
kalau nak banding ngan se p1i camne?

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 682
Age : 30
Location : sd
Intake : sd
Registration date : 2008-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: PDA sentuhan pintar

Post by zackmuska on Fri 13 Jun 2008, 11:32 pm

aku lg bkenan SE p1i...meleleh air liur tgk..

_________________
"For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic"

zackmuska
V.I.PeaMerS
V.I.PeaMerS

Number of posts : 507
Age : 30
Location : Somewhere
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-05

View user profile http://www.polimuadzam.edu.my

Back to top Go down

Re: PDA sentuhan pintar

Post by qaleq on Fri 11 Jul 2008, 12:38 pm

ibnu_laden wrote:so??
kalau nak banding ngan se p1i camne?

yg nie la lg best

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: PDA sentuhan pintar

Post by Sponsored content Today at 3:39 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum