Pengimbas sensor elektronik

View previous topic View next topic Go down

Pengimbas sensor elektronik

Post by qaleq on Thu 05 Jun 2008, 6:03 pm

PANASONIC Malaysia (M) Sdn. Bhd., memperluaskan lagi segmen pasarannya dengan mengumumkan dua model mesin pengimbas berkelajuan tinggi yang didatangkan dengan ciri-ciri berteknologi pintar.Model KV-S4085C dan KV-4065C itu disasarkan penggunaannya di kalangan organisasi besar, perniagaan dan pejabat yang memerlukan alat penyelesai dokumen digital berkuasa tinggi.
Kedua-dua mesin pengimbas itu menjanjikan kelajuan optimum serta mampu menghasilkan dokumen imbasan berkualiti.
Menurut Pengarah Bahagian Produk Pengguna dan Sistem Perniagaan Panasonic (M) Sdn Bhd, Jeff Lee, melihat persekitaran dunia perniagaan yang giat berkembang, faktor kemudahan, kepantasan , mudah pengguna dititik berat bagi mempercepatkan pengurusan dokumen digital yang berkualiti.
''Kami percaya dengan memperkenalkan kedua-dua model pengimbas ini, secara pasti, ia meletakkan industri pengurusan dokumen ke suatu taraf baru, terutamanya kepada rangkaian alat pengimbas berteknologi tinggi,'' katanya.
Lebih menarik, pengimbas terbaru itu memaparkan teknologi pintar yang bertindak memastikan kelancaran terhadap proses imbasan.
Ini dapat dilihat dengan kehadiran teknologi Staple Document Sensing dan Double Feed Detection Technology.
Staple Doc memperlihatkan kehadiran sensor ultrasonik, optikal dan teknologi pengesan kedudukan kertas diterapkan bagi menghalang kertas yang dikepilkan dengan dawai kokot diimbas.
Kehadiran ciri ini menghalang daripada kertas yang bertindih diimbas sekali gus membantu pengguna dengan memberi amaran agar tiada dokumen yang tercicir daripada diimbas.
Sementara itu, teknologi Double Feed Detection pula merupakan ciri pintar yang mampu mengesan kertas yang melekat dan bertindih melalui pengesan sensor ultrasonik.
Selain itu, teknologi pintar ini juga membolehkan pengguna mengimbas pelbagai saiz dokumen daripada sekecil saiz kad kredit sehingga sebesar dokumen bersaiz A3.
Sekali gus, teknologi tersebut juga membenarkan kertas bersaiz tebal untuk diimbas.
Dari segi kualiti imbasan, kedua-dua model itu dilengkapi dengan teknologi Image Enhancement yang dibangunkan bagi memastikan dokumen digital yang dihasilkan berkualiti.
Ciri tersebut membolehkan pengguna mengawal serta mengubah dokumen dari segi keterangan, warna dan kontras.
Sebagai tambahan, ciri pintar ini juga berkebolehan menukarkan dokumen berwarna kepada monokrom sekali gus mengecilkan saiz input dokumen tersebut.
Pengguna juga boleh mengedit imej yang terpapar pada dokumen mengikut kehendak masing-masing.
Namun, harga kedua-dua pengimbas ini bergantung kepada pemilihan pakej yang disediakan Panasonic.
Maklumat dan spesifikasi lengkap produk boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.panasonic.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum