Motorola ROKR E8 goda pencinta muzik

View previous topic View next topic Go down

Motorola ROKR E8 goda pencinta muzik

Post by qaleq on Thu 05 Jun 2008, 6:03 pm

KEWUJUDAN telefon bimbit Motorola ROKR E8 membuka sinar baru kepada pencinta dunia muzik sekali gus menetapkan tanda aras bagi siri pembuatan telefon yang berteraskan ciri multimedia.
Model tersebut telah direka khusus bagi golongan yang menggemari muzik terutamanya golongan muda kerana ia dilengkapi pemain muzik MP3 pintar berserta ciri-ciri teknologi terkini.
Hasil penyepaduan digital, model tersebut turut didatangkan dengan rangkaian sambungan GPRS dan EDGE sekali gus membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia interaktif bagi tujuan memuat turun koleksi lagu pilihan.
Melalui penerapan fungsi yang berciri teknologi terkini, pengguna kini mampu menyelaraskan lagu-lagu serta memuat turun muzik mengikut cita rasa masing-masing.
Kebebasan proses memuat turun lagu itu diperhebatkan lagi dengan kehadiran Windows Media Player 11 yang membolehkan fail lagu dipindahkan dari komputer dengan mudah dan pantas serta mampu disimpan dengan teratur.
ROKR E8 juga berkebolehan mengenal pasti sumber trek lagu yang dipilih seperti nama artis atau kumpulan dan siri album artis semasa pemain MP3 dimainkan.
Secara tidak langsung, pengguna bukan sahaja berupaya memasukkan lagu menerusi pindahan fail dari komputer, memuat turun malah mengenali sumber lagu pilihan menerusi ciri pintar ‘TrackID’.
Dalam pada itu, model tersebut juga memperlihatkan kehadiran antara muka menarik pada pemain MP3 nya yang tampak mudah pengguna.
Antara muka menarik itu diserlahkan lagi kewujudannya menerusi skrin paparan sebesar 2 inci.
Dari sudut pengendalian pula, model tersebut didatangkan dengan butang skrol serta beberapa butang lain bagi mengendalikan telefon tersebut secara konvensional selain menawarkan pengendalian sentuhan pada skrin paparan.
Ini jelas menunjukkan model tersebut mudah untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja kerana ia mudah pengguna.
Salah satu ciri menarik yang ditonjolkan oleh model tersebut adalah pada penerapan teknologi ‘Mode Shift’ yang berfungsi menukar mod telefon kepada pemain MP3 dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Fungsi tersebut memperlihatkan papan kekunci maya telefon yang tertera pada skrin bertukar secara automatik menjadi butang kekunci maya bagi pemain MP3 sebaik sahaja teknologi Mode Shift diaplikasikan.

gaya moden
Dari segi rekaan pula, model tersebut menampilkan rekaan nipis yang memperlihatkan penyepaduan binaan aluminium dan keluli yang melambangkan gaya moden.
Tidak dapat dinafikan, sistem audio ROKR E8 mampu menghasilkan kesan bunyi yang berkualiti.
Sebagai tambahan, telefon bimbit itu dilengkapi dengan teknologi ‘Crystal Talk’ yang berupaya menyingkirkan kesan bunyi bising semasa panggilan dibuat.
Penerapan fungsi pintar membolehkan pengguna berbual secara jelas walaupun berada di persekitaran yang bising.
Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan aksesori pembesar suara model EQ3, EQ5 dan EQ7 yang boleh disepadukan penggunaannya dengan ROKR E8 yang dijual berasingan.
Model tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM1,199.
Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.
motorola.com.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum