Corat-coret SUKMA XII

View previous topic View next topic Go down

Corat-coret SUKMA XII

Post by qaleq on Tue 03 Jun 2008, 4:29 pm

Pulut Panggang Nia ceria suasana
KETIKA petugas media sibuk mengetuk bahan berita mengejar ‘deadline’ krew Pusat Media Nia pula berjaya mengurangkan stress kebanyakan wartawan melalui senyuman sambil menghulurkan pulut panggang.
Jika sebelum ini keadaan senyap sunyi dan hanya kedengaran papan kekunci komputer sahaja yang berdetip, suasana menjadi agak riuh ekoran pulut panggang yang diedarkan oleh Nia.
Selain pulut panggang, petugas media juga dapat menikmati air Milo dan juga 100PLUS secara percuma selain air panas Nescafe 3 in 1.
Harga makanan melambung
SEPERTI selalu, jika ada acara besar, secara mendadak harga makanan akan turut naik seolah-olah, semakin ramai orang makan di kedai mereka semakin mahal harganya.
Ini terjadi pada seorang petugas media dan anaknya yang terpaksa membayar RM15.50 untuk lauk ikan, ayam goreng seketul dan tiga ekor sotong kecil sebesar ibu jari.
Malah, air kosong pula dikenakan bayaran RM0.50 tidak seperti selalu diberikan secara percuma.
Semua ini terjadi di gerai Medan Selera MBKT, Batu Buruk.
Mungkin ikan dan sotong itu diimport dari luar negara dan bukan ikan hasil laut Terengganu.
Lepas Sukma mungkin ramai peniaga yang kaya raya.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum