jam tangan pengesan barang

View previous topic View next topic Go down

jam tangan pengesan barang

Post by qaleq on Fri 30 May 2008, 9:04 am

Sekumpulan pelajar tahun akhir Perkomputeran Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mencipta jam tangan digital untuk mengesan barang atau manusia pada jarak 15 meter.
Ketua projek itu, Nur Azry Zainuddin, berkata, jam tangan digital dan dilengkapi dengan cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) itu akan bertindak sebagai pengesan terhadap barang-barang atau individu yang memakai penanda RFID.
''Dengan terciptanya produk ini, pengguna tidak perlu lagi bimbang dengan kehilangan barangan berharga manakala ibu bapa juga tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka.
''Pengguna boleh memasang cip RFID pada jam tangan mereka dan mereka hanya boleh memilih lima barang untuk dilekatkan dengan penanda RFID.
''Apabila barang berkenaan berada pada jarak melebihi lingkungan pengesan berkenaan maka jam berkenaan akan berbunyi sebagai tanda amaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2008 (NRIC'08) di Dewan Utama Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Pertandingan selama tiga hari yang bermula hari ini berjaya menarik sebanyak 145 penyertaan daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT).
Pertandingan itu dibahagikan kepada enam kategori iaitu Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Hayat, Sains Fundamental, Sains Perubatan dan Kesihatan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Transformasi ░░░░░ dan Seni Kreatif.
Nur Azry bersama empat lagi rakannya iaitu Mohd. Shafizal Zainal Abidin, Syed Mohd. Faizal Syed Kuning, Mohamad Redzmi Mohamad Radzuan dan Izzaldin Misri merupakan antara peserta yang menyertai pertandingan berkenaan.
Ditanya mengenai kos projek berkenaan, beliau memberitahu, kos sebanyak RM102 digunakan untuk mencipta jam digital itu dan orang ramai yang berminat untuk memilikinya boleh mendapatkan produk berkenaan pada harga RM200.
Sementara itu, Dzulkifli yang ditemui selepas majlis pelancaran berkenaan berkata, pertandingan seumpama itu akan dijadikan platform untuk ░░░░░ hasil penyelidikan pelajar IPT selain menggalakkan mereka menerokai bidang penyelidikan.
Menurutnya, pertandingan itu turut membuka peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan lebih banyak penyelidikan ke arah penghasilan produk berkualiti dan bertaraf antarabangsa

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum