e-syariah dan HRMIS

View previous topic View next topic Go down

e-syariah dan HRMIS

Post by qaleq on Fri 30 May 2008, 8:58 am

Dua aplikasi perdana kerajaan elektronik, iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan e-Syariah semalam mencatat sejarah berikut persetujuan dua syarikat ░░░░░ produk tersebut.
Dua syarikat ░░░░░ iaitu MRCB Multimedia Consortium Sdn. Bhd. (MMCSB) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) masing-masing diberi lesen oleh kerajaan ░░░░░ HRMIS dan e-syariah menerusi perjanjian pelesenan harta intelek (IP) yang dimeterai semalam.
HRMIS merupakan sistem bersepadu, dimudah cara oleh teknologi yang menggabungkan amalan terbaik pengurusan sumber manusia global.
Sistem tersebut telah pun digunakan oleh agensi kerajaan antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Pengurusan Maklumat Ketua Eksekutif (SMPKE), Jabatan Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Veterinar dan Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan.
Agensi lain termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Menerusi sistem tersebut, pengurus sumber manusia menggunakannya untuk menganalisis, merancang, dan mengenal pasti peluang-peluang penambahbaikan sumber manusia dengan lebih mudah dan cepat dengan adanya kemudahan masa sebenar dan dalam talian.
e-syariah merupakan projek utama dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Ia merupakan satu sistem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasikan kes-kes Mahkamah Syariah.
Rangkaian elektronik e-syariah itu akan menghubungkan Mahkamah Syariah dengan JKSM serta agensi yang berkaitan diwujudkan bagi tujuan penyelarasan dan perkongsian maklumat.
Kemudahan tersebut kini telah dipasang di 106 buah Mahkamah Syariah yang terletak di 102 lokasi di seluruh negara secara berperingkat dari 2002 hingga 2005.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , Datuk Abdul Manan Alang Endut, kementeriannya telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk ░░░░░ IP kerajaan menerusi kerjasama dengan swasta.
"Fasa pertama ░░░░░ aplikasi perdana kerajaan elektronik ini melibatkan HRMIS dan e-syariah sebagai percubaan dan jika berjaya, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada aplikasi lain,'' ujarnya.
Beliau menyatakan demikian selepas majlis menandatangani perjanjian pelesenan ░░░░░ IP aplikasi perdana kerajaan elektronik di Putrajaya, semalam.
Pada majlis tersebut, beliau mewakili kerajaan manakala SAINS di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Teo Tien Hiong manakala MMCSB diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Rahman Zakaria.
Menurut Abdul Manan, kerajaan membelanjakan lebih RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-Cool dan RMK-9 bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengetahuan rakyat dalam bidang sains dan teknologi.
MOSTI katanya, menerusi Bahagian Inovasi dan ░░░░░ berperanan menjana ekonomi melalui pembangunan modal insan dan IP untuk menambah nilai sumber kekayaan negara.
"Insya-Allah kita akan terus ░░░░░ projek-projek aplikasi kerajaan yang lain seperti e-khidma, Electronic Labour Exchange (EXL)- e-perolehan, dan Sistem Pemantauan Projek II dan GOE (Generic Office Enviroment).

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum