Media Prima untung RM17.1j

View previous topic View next topic Go down

Media Prima untung RM17.1j

Post by qaleq on Thu 29 May 2008, 7:05 pm

MEDIA Prima Bhd (MPB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM17.1 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac lalu iaitu kenaikan lebih sekali ganda berbanding RM8.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Kenaikan itu di sokong peningkatan 41 peratus dalam pendapatan iaitu RM159.6 juta berbanding RM112.9 juta tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam, prestasi itu tidak termasuk perkara luar biasa berkaitan kos pemisahan sukarela yang dilaksanakan kumpulan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan perolehan daripada pelupusan Malay Mail Sdn Bhd oleh Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd.

Ia menjadikan untung bersih kumpulan meningkat 140 peratus kepada RM20.4 juta.

Keuntungan sebelum cukai kumpulan juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu kenaikan 100 peratus kepada RM22.5 juta daripada RM11.2 juta.
Media Prima pula mengaitkan kekukuhan prestasi kewangan dalam tempoh kajian dengan kesan sumbangan sepenuhnya daripada bahagian pengiklanan luar yang diambil alih kumpulan pada Mac 2007.

Menurutnya, turut menyumbang ialah rangkaian televisyen dan radio kumpulan serta peningkatan berterusan dalam keputusan operasi bahagian perniagaan percetakan di bawah NSTP.

Mengulas pencapaian itu, Pengerusi Media Prima, Datuk Abdul Mutali Mohamed Razak, berkata kumpulan berbangga mencapai pertumbuhan berterusan dalam pendapatan dan keuntungan.

ôSelepas mencapai keuntungan luar biasa dalam keuntungan dan pendapatan tahun kewangan lalu, kami berbangga mampu memperkukuh pendapatan dan untung suku pertama tahun ini, walaupun berdepan keadaan pasaran yang mencabar.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum