Maya Karin nikah bulan depan

View previous topic View next topic Go down

Maya Karin nikah bulan depan

Post by qaleq on Thu 29 May 2008, 5:53 pm

SEANTERO dunia sudah tahu si jelita, Maya Karin mengumumkan hatinya sudah dimiliki. Si jejaka tampan yang menjadi pilihannya berbangsa Eropah berusia penghujung 20-an. Khabarnya Maya sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta dengan si jejaka tetapi mulut terkunci rapat. Yang penting, bukan ahli politik yang dikaitkan sebelum ini.

Berita terbaru Raja dengar, Maya dan kekasihnya akan melangsungkan majlis pernikahan bulan depan tetapi bukan di Malaysia sebaliknya memilih Eropah. Raja mendapat tahu Maya terpaksa akur dengan permintaan keluarga kekasihnya kerana mentuanya kurang sihat.

Bagaimanapun, majlis resepsi secara adat istiadat Melayu tetap diadakan secara besar-besaran pada hujung tahun ini di Malaysia. Raja pelik juga kenapa Maya pilih hujung tahun, khabarnya Maya ░░░░░ dalam penggambaran sebuah filem yang masih dirahsiakan judulnya, Julai ini. Jadi fahamlah Raja, Maya nikah dulu dan sambung kerja selepas itu. Hai, bila masa agaknya Maya nak berbulan madu?
Sumber memberitahu, Maya juga tidak hadir pada Anugerah Bintang Popular Berita Popular 2007 di Genting Highlands pada Mac lalu kerana membawa kekasihnya itu bertemu bapanya di Vietnam untuk mendapat restu keluarga. Khabarnya, pada mulanya ada ahli keluarga seperti tidak merestui hubungan mereka kerana kekasihnya berbangsa asing, tetapi terpaksa akur dengan kehendak Maya yang mencintai si jejaka.
Kalau sudah begitu suratannya, Raja rasa tak perlulah Maya berdolak dalih apabila ramai yang bertanya mengenai hari bahagianya kerana lambat laun semua orang akan tahu juga status Maya nanti. Bagaimanapun, kalau apa yang Raja tulis ini tidak benar, Raja mohon maaf. Kalau betullah pada Jun nanti Maya melangsungkan majlis pernikahan, Raja dan team Bintang Popular mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum