Terminator 4 sudah bermula

View previous topic View next topic Go down

Terminator 4 sudah bermula

Post by qaleq on Thu 29 May 2008, 2:33 pm

SEKUEL filem Terminator yang keempat iaitu Terminator Salvation: The Future Begins merupakan antara filem yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2009.
Malah, filem ini juga dikatakan filem paling hebat yang akan muncul tahun hadapan.
Dengan mempertaruhkan Christian Bale sebagai watak utama, mustahil untuk melihat filem ini akan menemui kekecewaan bagi peminat setia filem Terminator.
Tambahan pula, ia diarahkan oleh McG yang sebelum ini berjaya mempamerkan kehebatannya menerusi dua buah filem Charlie’s Angels.
Dalam laman web rasmi filem berkenaan, McG memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan debarannya mengarahkan filem yang mempunyai ramai peminat setia itu.
“Saya sendiri membesar dengan filem ini dan juga merupakan salah seorang peminat setia filem-filem Terminator. Sudah pasti saya mahu mempersembahkan yang terbaik dan istimewa untuk filem ini.
“Apa yang boleh saya katakan, setakat ini saya begitu kagum dengan komitmen para pelakon yang dipilih membintangi filem ini terutama pelakon utamanya, Christian Bale yang begitu cocok dengan watak John Connor.
“Apa yang anda lihat menerusi gambar merupakan gambaran yang akan dapat anda saksikan dalam filem ini kelak dan saya berani mengatakan ia akan membuat anda terpukau apabila dizahirkan menerusi visual kelak,” jelasnya.
Terminator Salvation: The Future Begins akan ditayangkan pada 22 Mei tahun depan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum