Rakaman berkualiti, terkini

View previous topic View next topic Go down

Rakaman berkualiti, terkini

Post by qaleq on Thu 29 May 2008, 2:12 pm

Kebanyakan perakam video menggunakan pita dan cakera padat bagi merakam gambar tetapi baru-baru ini Canon memperkenalkan gambar yang dirakam terus ke dalam kad memori flash.
Bukan itu saja, malah Canon telah melangkah setapak lagi dengan kad dwi memori flash yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam pemacu flash terbina dalam dan kad memori Secure Digital High Capacity (SDHC).
Baru-baru ini Canon telah membawa sekumpulan wartawan ke Melaka bagi melancarkan lima model baru perakam video HF10, HF100, HF11, FS10 dan FS100 yang memberikan pengguna satu pengalaman baru dan selesa.
Pengurus Semasa Jualan, pengimejan pengguna dan Bahagian Maklumat Canon, Chong Lip Wei berkata, model-model baru ini banyak memberi kelebihan dan faedah kepada pengguna.
“Oleh kerana format memori padu tidak boleh digerakkan, ia membolehkan kami memperkenalkan model yang kompak, kecil dan ringan.
“Selain itu, pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai kehilangan data apabila digunakan secara kasar,” katanya selepas acara Mencari Harta Karun Melaka menggunakan perakam video terkini Canon.
Lip Wei menambah, tidak seperti model lain yang ada di pasaran, memori flash dwi menawarkan lebih banyak pilihan bagi pengguna untuk menyimpan rakaman video mereka.
Pengguna boleh merakam video ke pemacu flash dalaman perakam video atau dalam kad memori dan jika pemacu tersebut telah penuh, bahagian filem boleh dipindahkan dengan mudah ke kad SDHC.
Bagi menonton semula video, kad boleh diimbas dalam pembaca kad memori dan ditonton di layar komputer atau ke TV berdefinisi tinggi (HDTV).
Selain itu, katanya, penggunaan kuasa yang rendah membawa kepada jangka hayat bateri yang lebih lama.
Perakam video memori flash ini, katanya boleh membaca dan merakam data dengan lebih pantas, mempunyai akses serta merta untuk rakaman dan bahagian filem dapat dipindahkan dengan mudah ke komputer bagi tujuan penyuntingan atau membina tayangan cakera video digital (DVD).
HF10 dan HF100 merupakan perakam video HD yang mana HF10 menawarkan memori binaan dalam flash 16 gigabit (GB), manakala HF100 pula menggunakan kad slot SD/SDHC sebagai penyimpanan.
Dengan 16GB memori flash dalaman HF10, pengguna boleh menyimpan sehingga 10 jam rakaman yang berkualiti tinggi.
Tempoh rakaman juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan memori kad luaran SD/SDHC.
Kedua-dua HF10 dan HF100 menggunakan penderia Canon Full CMOS dengan HD penuh 1,920 x 1,080 piksel bagi merakam video dalam bentuk AVCHD.
Bagi menonton video pada HDTV, pengguna hanya perlu menggunakan kabel antara muka multimedia definisi tinggi untuk disambungkan ke perakam video.
Bagi mengurangkan gegaran, perakam video ini dilengkapi dengan teknologi Super Range Optical Image Stabiliser bina dalam.
HF10 boleh dibeli dengan harga runcit RM4,599, manakala HF100 pula pada RM4,199 di wakil pengedar sah Canon.
Sementara perakam video memori flash Canon dengan perakam definisi standard terdiri daripada FS11, FS10 dan FS100.
Semua ketiga-tiga model mempunyai zoom canggih Genuine Canon 48X bersama-sama dengan 1.07 megapiksel peralatan penderia imej dan pemproses imej Digic DV II bagi menghasilkan warna gambar yang lebih jelas.
Ciri zum sehingga 48X membenarkan gambar diambil pada jarak dekat dan dalam format skrin lebar 16.9.
Manakala ciri zum optikal 37X datang dengan penstabilan imej elektronik, menjadikan tayangan filem lebih lancar dan mudah dimain semula.
Bateri Lithium ion memberikan keselesaan merakam video sehingga tiga jam berterusan dan pengguna juga akan dimaklumkan mengenai hayat bateri.
FS11 menawarkan memori dwi flash dengan pemacu flash bina dalam 16GB boleh merakam video sehingga 10 jam dan kad slot SDHC pada harga runcit RM2,799.
Model FS10 pula dengan memori flash bina dalam 8GB berupaya merakam sehingga lima jam serta kad slot SDHC dijual dengan harga runcit RM2,299.
Manakala FS100 yang boleh didapati pada harga RM1,999 hanya mempunyai memori flash dan kad slot SDHC datang dengan tiga warna menarik - perak, biru laut dan merah wain.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Rakaman berkualiti, terkini

Post by LuncaiGreat on Thu 29 May 2008, 5:26 pm

hehehe...sory qaleq,aku bace separuh je post ko ni...pnjg sgt...hehehe...kang aku nk beli video cam or camera aku tgk blk k...

_________________

LuncaiGreat
Guru Kanan
Guru Kanan

Number of posts : 1018
Age : 29
Location : johor bahru
Intake : jan 2005
Registration date : 2008-03-07

View user profile http://www.sit04.tk

Back to top Go down

Re: Rakaman berkualiti, terkini

Post by qaleq on Thu 29 May 2008, 5:37 pm

xpe bro.. dpt ckit info pn da ckup.. lgpn kte wajib smpaikan ilmu kn..

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Rakaman berkualiti, terkini

Post by Sponsored content Today at 3:40 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum