Plus catat keuntungan sebelum cukai RM384j

View previous topic View next topic Go down

Plus catat keuntungan sebelum cukai RM384j

Post by qaleq on Wed 28 May 2008, 1:02 pm

PLUS Expressways Bhd (Plus) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM384 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2008, meningkat RM118 juta atau 44.5 peratus daripada RM266 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengendali lebuh raya itu berkata, keuntungan lebih baik itu disumbangkan terutama oleh pendapatan bersepadu yang lebih tinggi daripada anak syarikat yang baru diambil alih, di sebalik peningkatan perbelanjaan operasi dan kos kewangan.

Dalam suku tahunan dikaji, Plus mencatatkan pendapatan berjumlah RM719.4 juta berbanding RM523.9 juta dalam tempoh yang sama 2007. Keputusan kewangannya bagi suku pertama tahun ini secara umum menunjukkan peningkatan dengan kemasukan tiga anak syarikat baru iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd (KLBK).

Pengambilalihan Elite dan Linkedua diselesaikan Disember tahun lalu manakala KLBK pada Mac lalu.

Dalam suku pertama tahun ini, Plus mencatatkan peningkatan kutipan tol sebanyak 25.6 peratus berjumlah RM540 juta, berbanding RM430 juta pada suku pertama 2007. Pengarah Urusan Kumpulan Plus, Noorizah Abd Hamid, berkata keputusan lebih baik itu juga disumbangkan peningkatan trafik di lebuh raya di bawah kendalian kumpulan itu.

"Peningkatan dalam prestasi kewangan ini disumbangkan terutama daripada peningkatan aliran trafik yang menggalakkan bagi Lebuhraya Plus yang meningkat 8.1 peratus dan masing-masing 8.8 peratus serta 19 peratus bagi Elite dan Linkedua," katanya.

Beliau berkata, kumpulan akan terus meningkatkan usaha bagi menyediakan prasarana lebih baik kepada pengguna dan memajukan lagi kemudahan dan perkhidmatan di lebuh raya.

Tahun lalu, katanya, Plus menyiapkan kerja menaik taraf tiga pusat rehat dan rawat (R&R), empat laluan tepi, satu persimpangan bertingkat dan tiga plaza tol di lebuh raya miliknya. Bagi tahun ini pula, kumpulan itu sudah mengenal pasti dua R&R, lima laluan tepi dan empat plaza tol untuk dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan serta kemudahan kepada pengguna.

Noorizah menambah, kumpulan sentiasa mencari peluang baru bagi meningkatkan lagi kemajuannya dengan memberikan tumpuan terhadap perniagaan lebuh raya bertol dan yang berkaitan dengannya.
Mengenai projek di luar negara, beliau berkata: "Meskipun kami mempunyai pengalaman 20 tahun dalam industri ini yang membolehkan kami berjaya tetapi kumpulan sedar cabaran keadaan ekonomi global dan risiko berkaitan dengannya."

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum