Tinjauan Pasaran: Inflasi pengaruhi pelabur

View previous topic View next topic Go down

Tinjauan Pasaran: Inflasi pengaruhi pelabur

Post by qaleq on Wed 28 May 2008, 12:56 pm

KEBIMBANGAN mengenai inflasi berikutan harga minyak yang tinggi dijangka terus menjadi faktor yang boleh mempengaruhi urus niaga di pasaran saham tempatan hari ini.

Penganalisis berkata, kekurangan petunjuk baru di pasaran selain keadaan politik dalam negara turut menjadi faktor yang akan mempengaruhi pelabur di Bursa Malaysia.

Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 0.87 mata kepada 1,274.24 mata selepas mencatatkan paras terendah harian pada 1,267.60 mata. Ia dibuka 1.52 mata lebih tinggi kepada 1,274.89 mata.


Indeks Perusahaan menokok 11.40 mata kepada 2,703.19 mata, manakala Indeks Kewangan naik 38.95 mata kepada 9,815.78 mata, tetapi Indeks Perladangan jatuh 72.45 mata kepada 7,918.54.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung 377 berbanding 273, manakala 274 kaunter tidak berubah, 492 tidak diniagakan dan 26 digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 433.383 juta saham bernilai RM1.076 bilion daripada 459.297 juta saham bernilai RM906.252 juta kelmarin.


“Keseluruhan sentimen masih lemah di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” kata peniaga.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum