Hari Ini Penting...

View previous topic View next topic Go down

Hari Ini Penting...

Post by qaleq on Wed 28 May 2008, 9:15 am

SEMAKAN ARAH KIBLAT DIRUMAH & PEJABAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
Matahari akan berada tegak di atas Ka˘bah pada28 MEI 2008,Hari Rabu (5.16 PETANG) & 16 JULAI, Hari Rabu (5.28 PETANG)



APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :


1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Hari Ini Penting...

Post by qaleq on Wed 28 May 2008, 9:34 am

Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka'bah).

Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-

Bil
Tarikh
Masa
1
28 Mei
5.16 petang
2
16 Julai
5.28 petang


Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.

Caranya ialah :

1

Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
2

Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.
3

Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.
4

Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum