Proton Untung RM162 juta

View previous topic View next topic Go down

Proton Untung RM162 juta

Post by qaleq on Tue 27 May 2008, 9:42 am

Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM162 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu berbanding kerugian RM618 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Keputusan kewangan tersebut merupakan keuntungan untuk tiga suku berturut-turut, bermula suku kedua 2007.
Keuntungan itu dicapai bersandarkan peningkatan perolehan kepada RM5.6 bilion berbanding RM4.9 bilion berikutan peningkatan jualan kenderaan penumpang menerusi dua model barunya, iaitu Persona dan Saga.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sehingga kini Persona telah menerima tempahan sebanyak 41,000 unit sejak dilancarkan Ogos tahun lalu, manakala tempahan Saga pula melebihi 55,000 unit sejak dilancarkan awal tahun ini.
"Sumbangan Saga kepada volum jualan dan perolehan sepenuhnya akan diketahui menerusi tahun kewangan semasa.
"Bagi mengekalkan kejayaan dalam portfolio produk, Proton telah melaksanakan langkah wajar menerusi pembaikan operasi.
"Fokus ke atas pengurusan kos telah menghasilkan penjimatan kos untuk model-model baru yang mana disalurkan kepada pelanggan menerusi harga yang kompetitif," kata beliau.
Syed Zainal berkata demikian semasa sidang akhbar pengumuman keputusan kewangan Proton yang turut dihadiri Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim di sini, hari ini.
Kali terakhir pengeluar kereta nasional tersebut mencatatkan keuntungan ialah pada tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2006 apabila mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM28.2 juta.
Selepas suku berkenaan, Proton mencatatkan kerugian berterusan selama lima suku atau lima belas bulan. Pada masa ini, lebihan tunai bersih Proton berjumlah RM1.17 bilion.
Syed Zainal berkata, penekanan ke atas peningkatan ekosistem automotif telah menyaksikan pengukuhan jaringan di antara vendor dan pengedar.
Jelasnya, usaha rasional itu membolehkan Proton bersama kedua-dua pihak itu meningkatkan kualiti perkhidmatan agar menjadi jenama yang lebih kompetitif.
"Proton akan terus mengukuhkan keupayaan dalam semua aspek seperti operasi, kewangan dan korporat dalam usaha mencapai kejayaan yang berterusan pada masa akan datang.
"Ia akan melibatkan tiga teras utama yang dinamakan pembangunan produk yang dipacu oleh pasaran, fokus kepada pertumbuhan pasaran serantau dan strategi produk untuk mencapai skala ekonomi," katanya.
Syed Zainal Abidin berkata, Proton dijangka memperuntukkan lebih RM600 juta bagi tujuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berbanding RM500 juta tahun lalu.
Sementara itu, Mohammed Azlan berkata, pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dijangka pada suku pertama 2009 akan mengembangkan portfolio produknya, sekali gus membawa syarikat ke hadapan dalam segmen automotif yang semakin pesat.
"Proton menetapkan sasaran untuk meningkatkan volum jualan keseluruhannya sebanyak sekali ganda kepada 300,000 unit menjelang 2010," katanya.
Mengenai prospek Proton, beliau yakin syarikat dapat meningkatkan volum jualan dan pertumbuhan pasaran, terutamanya bagi modelnya yang paling laris iaitu Saga dan Persona.
Beliau memberitahu, Proton akan terus memberi tumpuan kepada pasaran antarabangsa dalam usaha mengembangkan rantai pemasaran terutamanya di Thailand, China dan Asia Barat.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Proton Untung RM162 juta

Post by ibnu_laden on Wed 28 May 2008, 11:46 am

good info..

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 682
Age : 30
Location : sd
Intake : sd
Registration date : 2008-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Proton Untung RM162 juta

Post by qaleq on Fri 06 Jun 2008, 3:34 pm

aku nk pkai persona

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Proton Untung RM162 juta

Post by Sponsored content Today at 9:31 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum